You know you're in love when you can't fall asleep because reality is finally better than your dreams

Friday, December 21, 2012

Semuanya Sebab Awak


Awak kata awak sukakan hujan. Tapi bila hujan, awak keluarkan payung.
Awak kata awak sukakan mentari. Tapi bila panas awak cari tempat yang redup.
Awak kata awak sukakan angin. Tapi bila angin bertiup, awak pejamkan mata.

Sebab tu saya takut bila awak kata awak sukakan saya...



Saya memang suka hujan. Tapi jika saya demam bila kena hujan, siapa nak jaga awak?
Saya memang sukakan mentari. Tapi bila terlalu panas, saya perlu tempat yg berteduh.
Saya memang sukakan angin. Tiap kali angin bertiup, saya pejamkan mata sebab saya selalu bayangkan awak sentiasa bersama saya.

Sebab tu saya lakukan semua itu. Semuanya sebab awak :) 




Thursday, November 8, 2012

My Immortal

Saya begitu letih berada di sini
Dibelenggu oleh ketakutan semasa kanak-kanak
Jika awak perlu pergi
Saya berharap awak akan terus pergi
Kerana kehadiaran awak masih dirasai
Dan ia seperti tidak akn meninggalkan saya sendirian.

Luka ini seperti tidak akan sembuh
Kesakitan yang dirasai terlalu benar
Segalanya terlalu banyak hingga masa tidak mampu memadamnya

Apabila awak menangis saya akan memadam semua air mata awak
Apabila awak hendak menjerit saya akan melawan semua kebimbangan awak

Dan saya telah memegang tangan awak melalui semua tahun-tahun ini
Tetapi awak masih memerlukan saya

Dengan cahaya yang bergema
Awak gunakan ia untuk mendekati saya
Tetapi sekarang seperti saya telah terikat dengan kehidupan yang telah awak tinggalkan
Wajah awak sesekali menghantui mimpi indah saya
Suara awak, ia dihalau keluar semua kewarasan dalam saya


Saya telah cuba bersungguh-sungguh untuk memberitahu diri sendiri bahawa awak telah pergi
Dan walaupun awak masih dengan saya
Saya telah bersendirian selamanya



Tuesday, November 6, 2012

Kenangan

                                                                 Assalamualaikum wbt


Mcm mlm2 sebelum ni, sambil main facebook & twitter, chat, tweeting komen dgn kawan-2 lama, entah mcm mna salah seorg kwn aku post 1 gambar masa PLKN dulu. Mula-2 tu aku tak perasan sgt. bila aku stop kat gambar tu, aku perbesarkan, aku nmpk wajah sorg yg pernah aku sayang dulu. Entah knp hati aku rasa sedih & mata berair bila ingat masa-2 dgn dia dulu. Aku bukannya nk mengungkit kisah lama. Tapi tiap kali aku tngok wajah dia, aku rasa sgt bersalah. Apa aku dah buat ni. 


Walaupun bnd ni dh lps hampir 1 tahun lps, aku masih tak mampu nk padam semua kenangan aku dgn dia. Aku dgn Capital C ni dulu sgt rapat even kami berjauhan. Aku sanggup buat apa sja utk dia, asalkan dia dpt senyum. Itu dah memadai bg aku. Masa komen gambar tu, aku xnk tumpu utk seorg,. Jadi aku bergurau puji semua org yg ada dlm gambar tu. Tiba-2 seorang kawan aku ni kata  haii Erul, kata kat kami ka kata kat org belakang tu comel?" Sbb tak nak org lain fikirkan yg bukan-2, aku kata yg aku kata mereka yg berada di baris hadapan gambar tu yg comel-2. Tapi masa tu, dalam hati, aku hanya fikirkan dia. Ya Allah. Sedihnya aku rasa. Aku still lg ingat masa-2 mula kenal, smp la kami putuskan hubungan. Kalaulah aku tak ego dulu, bnda mcm ni takkan terjadi. Aku pernah minta pendapat dr kawan-2 baik aku pasal bnd ni, bnyk jwpan yg aku terima. Tapi satu pun aku tak pernah nk guna.

Aku pernah ingat lg dia dtg rumah, buat kejutan utk aku. Masa tu aku agak blur + marah sbb dia dtg xbg tahu. Mlm tu pula aku bawa dia jmp dgn mak, along, angah, mie & iman. malam tu kami semua borak-2. Mak pun pernah kata sukka kat dia. Dia baik sgt. Cara dia cakap lembut. Agak susah aku nk cari org lain yg ada bnd sama mcm dia ada. Skrg hampir stahun, walaupun dia dh kawen dgn org lain, aku harap yg dia xkan lupakan kenangan aku dgn dia dulu. Capital C, even apa yg jd, Erul still berharap kita akan still berkawan. Itu sudah mencukupi :') 


Selamat Tinggal ~~~~~~~

Wednesday, October 24, 2012

I Hate This Guy

I cursed the day that i met you




 p/s : malu la sikit..!

STOP

                                             HEY YOU..!!! 
PLEASE STOP DISTURBING MY LIFE..!!!!!

  

Wednesday, October 17, 2012

Gangguan


Assalamualaikum wbt.
Hai readers,
Sambil dengar lagu terbaru RihannaDiamonds, aku sempat jugak la nak tulis entri baru kat blog ni.  Agak lama aku nak cari tajuk baru untuk dimuatkan dalam blog aku yang tak seberapa ni. Gangguan? Mesti ada yang tertanya. Gangguan apa? Tajuk entri aku kali ni bukannya nak bercerita pasal gangguan hantu jembalang & sebagainya. Tapi ni adalah satu gangguan yg sering berlaku dalam phone. Lately, entah kenapa aku sering terima miscalls dan mesej dari number yang tak dikenali. Kadang-kadang tu aku tak nak layan sangat, tapi takut tu number dari kawan-kawan sekolah/PLKN pula. Kalau tak dibalasnya, kecil hati pula kawan-kawan aku nanti. Tapi yg hairannya, kebanyakkan number yg masuk dalam list tak dikenali tu dari negeri-negeri luar dari Kedah. Contoh number yg sering masuk dalam list tu 0179…. 0176… Tak tau la sama ada yang number-number tu main tekan atau ada niat lain aku tak tau la. Tapi semua ni selalu sangat jadi. Sampai naik rimas aku dibuatnya. 

WEYH!!! Hangpa tak ada LIFE sendiri ka? Aku naik rimas la. Number yang sama aku dapat tiap bulan.
Baru-baru ni ada aku dapat mesej, dari siapa pun aku tak tahu. Dah dia bagi mesej “salam” tak kan tak nak jawab kan. Bila aku balas mesej tu, dia tanya “ni shahirul kan” then aku Tanya lagi dia “ni siapa” Yang dia balas “hari raya haji ni bla bla bla & bla bla bla” Hairan. Macam mana la dia tau nama aku. Padahal sikit HARAM aku tak kenal dia. Aku ada mesej kawan-kawan kot-kot ada yang kenal number tu. Lepas dpt feedback dari kawan, tak ada sorang pun kata kenal dengan number tu. Mana la dia boleh dapat number phone aku? Lepas mesej tu terus aku tak layan dah. Aku dah naik fobia nak layan number yg tak kenal ni. Tambah-tambah luar dari kedah, kecuali la dia mesej bagitahu dia tu siapa, sebab kawan-kawan aku yang tukar number selalu akan mesej aku bagitahu dia tukar number.
Sejak benda ni jadi, aku makin MELUAT nak layan mesej/call dari orang-orang yang aku tak kenal. Kadang-kadang rasa macam terancam jugak la hidup ni. PLEASE la, aku tak ada masa nak layan hangpa-hangpa yang pelik ni. Hangpa tak ada kerja lain ka nak buat?
Aku harap orang-orang yang terlibat tu sedar la. Jangan la suka hati nak ganggu hidup orang lain. Hang ada LIFE hang sendiri, aku ada LIFE aku sendiri. Buat apa hang nak kacau life orang lain. Sudah-sudah la weyh! Aku dah naik jemu, rimas hg tau?. Yang pasti aku betul-betul tak suka. SERIOUSLY!! Aku tak nak la mengata lebih-lebih. Nanti tak pasal aku dapat dosa kering. Aku ada terfikir jugak, kalau benda ni berlarutan. Aku nak p block terus number-number yang terlibat ni. Mungkin benda ni tak kan berlarutan lagi. Kalau masih teruk, aku seriously akan tukar phone number!!

p/s : Beli phone mahal-mahal bukan untuk ganggu hidup orang lain. Macam mana orang nak suka kau, kalau kau hidup untuk ganggu hidup orang lain? “USE YOUR BRAIN NOT YOUR KNEE”
Ya Allah, kau lindungilah hamba-Mu ini dari segala perkara yang tidak baik. Sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba yang lemah. Amin amin yarobbal alamin” J

Assalamualaikum w.b.t

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan Dari ShahErul & Isteri

                                                              Assalamualaikum wbt


Entri kali ni just nak cakap pasal puasa sebenarnya. Hangpa da ganti puasa2 hangpa yg tertuang sebelum-sebelum ni? Sudah? Alhamdulillah. Bagi yg tak ganti lagi nmpkya lepas bulan puasa nanti la pulak ganti. Jangan pula puasa kali ni tambah lagi jumlah tak puasa tu. Nanti susah pulak nak ganti kan :P

kalau perempuan tu maybe depa ada sebab knp xboleh nak puasa. Tapi lelaki xada  ok. Err.. Kecuali kalau uzur atau dr golongan yg boleh berbuka puasa. Tapi tu pun kena ganti ye!! Tak adanya tak puasa tak perlu ganti. Sepak maw? Jgn nak buat LAW sndr pulak. haha



Bulan puasa ni sudah semestinya geng2 "Plastik Hitam" bermaharajalela di siang hari kan. Ada sesetengah kedai makan yg mncari "rezeki" tambahan di bulan Ramadhan ni dgn berniaga melalui pintu belakang kedai depa. Walaupun depa dpt rezeki tambahan, Dosa tambahan pon depa dpt jgak sebenarnya. haha Allah nmpk kot.


Cakap pasal geng "Plastik Hitam" ni aku ada cerita sikit. Seingat aku masa form 4 kot. Ada kwn aku ajak teman dia beli nasi bungkus lepas balik skola. Mula2 takut jgak sbb nak tunggu dia masuk kedai tu beli mkn. buat JAIK serbu kedai mkn tu xpasal aku sekali ena cekup. nayaa kot. Habis beli, aku dgn kwn aku balik. sbb aku puasa, dia makan dlm bilik dia. Aku just tunggu kat ruang tamu rumah dia sambil tngok tv. Habis dia mkn bau kari ayam mmg kuat (kari ayam mamak mmg kuat bau + tahan lama bau dia) Masa tu dlm pukul 4.30 kot. takut mak ayah dia bau lepas balik kerja dia amek something bg nak hilangkan bau kari tu. Yang lawaknya bukan dia guna febreeze or something yg wangi. Dia guna ridsect. Amekaww!!! bapak berlambak dia sembur sbb nak hilangkan bau tu sja. Bila mak ayah dia balik dari kerja, amboi buat muka tak larat yg tak leh belah tu. Biasa la masa tu budak-budak lagi. Tapi alhamdulillah skrg da smkin matang. Insyallah dia xulang dah kerja lama dia :)
                                                       Sorry guna cerita hang kawan :P

haaa...!!! bagi siapa-siapa yg lupa niat puasa tu kat sini ada aku selitkan doa puasa. tngok dan hafal la :) 




P/s : Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat seluruh umah Islam seluruh dunia. Ikhlas dari ShahErul Fazli & Isteri (bakal isteri sebenarnya) :)

Wednesday, July 18, 2012

NurQairina

                                                 Assalamualaikum
hey followers :)
aku sebenarnya tengah bosan, tak tau nak buat apa. so aku pun amek la masa yg ada ni nak updated skit blog ni. maklum la, broadband ada. boleh la nak meng"updated" apa yg ptt. nak updated pakai phone memang xboleh la kan :P
Facebook bosan, Twitter sunyi.so aku lepak kat sini. HAI BLOG!!
( nyamuk buat serangan kat aku pulak... TOLONG..!!! )


Abaikan semua tu. (nyamuk terbang2 dpn skrin lappy ) -.-"


NurQairina. sedap nama tu kan. tu sbnarnya nama selepas dia peluk Islam. aku sbnarnya still lagi sayang kat dia ni. tapi disebabkan dia dah ada Bf aku xberani nak cakap mcm tu. aku bukan jenis merosakkan hubungan org lain. asalkn diorg bahagia pun da cukup bagi aku ni. Ingat tak lagi dgn entri aku yg sebelum2 ni. ala tajuk Surat Ini Buat Kamu. ni sbnarnya aku tujukan khas utk dia. 


15 Julai 2012 sah la dia memeluk Islam. yg tak bestnya dia dah janji nak bg tau aku bila dia da ready nak peluk Islam. aku tunggu! malam tu aku kluar dgn kawan. sempat lagi kawan aku bagi tau yg capital K da peluk Islam. aku macam tak percaya sja. aku buka facebook dia. Ya Allah. betul dia dah peluk Islam. Sampai hati dia xbagi tahu aku apa2 pun. On the spot aku call dia mlm tu nak tny. 2 3 kali dy xangkat. bebai jgak la masa tu. tunggu kjap dia msj " sory erul, battery bb K xda battery " ok la. aku msj sja dgn dia masa tu.


Antara kandungan msj aku dgn dia

K : battery xbnyk la erul.. anything?
A : betul ke K da convert to Islam?
K : yup! this morning..
A : y dont u tell me anything?
K : baru je kan. so, blom ada time lg pun.battery phone dh low..huhu..penat hari ni..

ada lagi msj lepas tu. malas nak taip semula. bnyk sgt page dia. xpa la bnd da lepas nak buat mcm mna lagi kan. aku terima saja apa yg dia buat. Apa2 yg kau buat selepas ni aku sokong sja.

P/s : nak juga aku bimbing kau sikit2 sedaya yg aku mampu. BTW cik NurQairina moga kau akan kekal dlm Islam. Buat yg terbaik & slow2 dalami Islam. Insyallah semua akan berjalan dgn lancar seiring dgn kehendak-Nya. amin

Dah nak puasa ni. nak wish puasa siap2.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK KAWAN-KAWAN

Saturday, July 7, 2012

Awak Jgn Risau . Saya OK !

Assalamualaikum wbt

Hampir 1 jam kita sudah tidak berkata-kata , tiada langsung ungkapan di wajah kita
Ia telah mengubah banyak kasih sayang antara kita yg sepertinya telah berkembang jauh


Seharusnya kita hentikan segalanya walaupun ianya agak sukar
Dan awak akan berjumpa dengan lelaki yang lebih baik
Seorang lelaki yang lebih baik dari saya
Seterusnya awak akan mudah melupakanku
Ia akan menjadi lebih baik sekarang 


Sekiranya saya baik , adakah awak juga begitu ?
Kita sudah tiada apa-apa perhubungan lagi
Saya takkan pernah melihat awak lagi
Tidak mengapa jika awk membenci diri saya
Tapi jangan simpan ia dalam hati


Saya akan pergi , jangan awak pegang tangan saya
Jangan awak menunjukkan wajah sedih awak
Hati saya akan lebih sakit
Adalah lebih baik agar kita putus sekarang
Kerana kita akan berakhir seperti ini lagi


Our suffocating love is just up until here :')






                                                            By : - ShahErul Fazli

Friday, July 6, 2012

Selamat Ulang Tahun Mr ShahErul Awesome

Assalamualaikum wbt


Kelmarin , ya kelmarin 5.7.2012 genaplah umur aku 20 tahun :)
Aku macam ak percaya yg aku telah menjangkau usia 20 tahun . Sangat2 sekejap aku rasa . Pejam celik pejam celik aku dah sampai usia 20 tahun . Aku dapat rasakan yang aku macam tidak layak utk menjadi seorang insan yg berusia 20 tahun ini . Terasa sangat singkat perjalanan hidup aku ini . Aku rasakan yang aku cuma berusia dlm lingkungan 17 tahun yang selalu inginkan sebuah kehidupan yang penuh dgn kegembiraan . keluarga & rakan-rakan . Hampir 10 tahun agaknya aku tak sambut birthday aku . Kadang2 aku ingin juga merasa bagaimana rakan-rakan menyambut birthday aku dengan tepung segala bagai . Tapi aku tak pernah lagi merasa prank macam tu .

 Kadang-kadang aku rasa yang bila sampai birthday aku , aku macam tak diendahkan . Family pun ada buat tahu tak tahu . Bila sampai birthday aku , aku selalunya akan keluar tenangkan fikiran dengan melepak . Kalau aku stay rumah pun bukannya ada apa nak buat . Kadang2 aku rasa tersisih . Cuba bayangkan bila sampai birthday org lain ada celebration tp bila sampai birthday aku keadaan macam biasa . Sunyi sepi rumah ni . Aku rasa macam bila sampai birthday aku , aku akan ajak kwn-kwn utk celebrate . Sedih kan :')

Enough With The Sad Story

Sekarang ni aku dah masuk 20 . Aku hanya perlu fikirkan masa hadapan aku yang bakal menentukan hidup aku :)

Wish Birthday Aku Tahun Ni :-

*Aku nak stay calm dan hidup yg happening
*Aku harap hubungan aku dgn keluarga & kawan-2 tetap utuh
*Aku dapat berita yang menggembirakan sepanjang bulan Julai ini 
*Kena baling tepung utk future birthday maybe :)
*Aku nakkan sebuah perhubungan yang kekal suatu hari nanti :)


Last but not least :-
Terima kasih kpd semua yang sudi wish birthday aku even dekat
*Facebook
*Twitter
*Phone
*Face2Face

Sincerely from :-
ShahErul Fazli 
AKA
MrShahErulAwesome
:)

Selamat malam

Wednesday, July 4, 2012

Surat Ini Buat Kamu

Assalamualaikum wbt.

Dalam masa aku kemas bilik ptg td aku ada terjumpa sepucuk surat yg pernah aku tulis untuk kau . Tapi surat tu aku tak jadi hantar sebab masa tu kita da mula renggang . Aku da plan nk hantar surat tu seminggu lepas kita jumpa . Tapi entah mcm mna selepas kita jumpa kita mula gaduh . Kita mula endahkan satu sama lain . Kita sama2 ambil langkah untuk berdiam diri kan . Tambahan pula masa tu aku memang tngah emo bila hubungan kita yg aku anggap serius mula goyah . Walaupun aku susah nak terima apa yg berlaku tapi aku tetap bersabar dgn apa yg berlaku . Dalam surat tu ada ada selitkan beberapa kisah kita dari mula kita kenal sampai kita seminggu sebelum kita jumpa . Katanya excited dlm percintaan . Hampir 2 tahun aku simpan surat tu dan tak sangka aku jumpa balik . Seingat aku aku dah buang masa kita putus dulu . Tapi entah mcm mna surat tu terselit dlm buku nota aku tu . Masa mula kita kenal , ramai yg macam tak percaya sama ada kita boleh pergi jauh atau tak . Setahu aku , kita punya relationship la yg paling lama dan yg paling aku ingat . Mungkin hg ingt masa kita mula kenal , kita still malu2 . Kita satu kumpulan , kita satu kelas . Even time sukan dulu kita lepak sekali kan  :)


Dear Capital K -

Mungkin kau sudah tak ingat apa yg berlaku , tapi aku still tak boleh lupa even sikit ttg kisah kita . Mulanya kita hanya berkawan dan pada masa yg sama aku menaruh harapan yg agak tinggi utk lebih knal dgn kau . Tapi aku tak berani nak berdepan dgn kau untuk cakap " Aku suka Kamu " .
Aku ambil pendirian utk berdiam diri takut aku bertepuk sebelah tangan . Lepas 2 3 minggu kita kenal , aku dpt tau yg kau dah ada seseorg dlm hati . Masa tu aku mula menjauhkan diri . Even dlm aktiviti kumpulan aku xbanyak cakap dgn kau . Aku cuba nak buat kau cemburu dgn cuba rapat dgn org lain . Sebab aku terlalu cemburu masa tu . aku ambil langkah drastik buat macam tu . Aku selalu perhatikan kau dari jauh . sekali sekala kau perhati aku , aku buat2 toleh ke arah lain . Aku rasa sgt malu . Aku mula sakit hati bila aku dpt tau yg kau bercinta dgn kwn dorm aku sndr . Masa tu hati aku lg membuak2 marah tambah tekanan yg makin menggila . 
Lepas tu aku lg menjauh diri dr kau . Aku dah mcm tak sanggup nak berhadapan dgn kau lg . Kau da jd milik org lain . Aku just tumpang gembira even dlm hati aku sgt sakit . 
Hbs saja NS , tak sangka yg kau akan contact aku semula . Aku mula rasa gembira . Masa tu kau dah single dan yg paling aku gembira adalah kau mintak kapel dgn aku . Aku ingat lagi tarik kita mula kapel dulu . 6.7.2010 sehari selepas birthday aku . Aku pernah cakap yg itulah hadiah birthday aku yg paling bermakna :)
Sejak hari tu kita mula berhubung setiap hari . Walaupun jarak kita yg agak jauh antara Perak-Kedah tapi aku xkesah semua tu .
Sekali lagi aku dpt berita gembira bila kau kata kau nak dtg S.P . Kau plan dgn kwn baik aku sendiri nk buat kejutan utk aku . Amm call ptg tu ajak aku teman dia beli barang utk sambut kedatangan kau . Aku excited gila masa tu . Aku bersiap awal2 sbb nak kluar even masa tu bilik aku xsiap kemas lagi utk kau tidur selama kau ada di S.P ni . Aku dgr bunyi kereta luar rumah . Bergegas aku keluar nk jumpa Amm . Aku terkejut besar bila aku tngok yg Amm bawa kau bersama masa tu . Aku tergamam , kaku tak tau nak kata apa . Sudah lama kita tak jumpa tiba2 kau muncul dpn aku . Dalam hati aku mmg gugup yg teramat . Sebab Bilik aku masih semak , aku ambil peluang utk bawa kau ke rumah Amm . Kita stay sna . Mlm tu Amm g ambil Naz . Amm tinggal kau dkat umah aku. Aku jumpakan kau dgn Mak Abah & adk beradik aku yg lain . Itulah pertama kalinya aku bawa org yg aku suka jumpa keluarga aku dan mak aku sbenarnya sukakan kau . Abang aku selalu tny pasal kau . Kdg2 diorg akan chat dgn kau dekat FB :)
 Malam tu kita borak2 sampai awal pagi , Walaupun kita nk kluar awal pagi tu . Kita jumpa kwn2 lama , kita pusing2 Alor Setar , kita pergi Menara A.S , kita lepak City Mall makan2 . 2 hari lepas tu kau dah nak balik Ipoh . Aku bngun awal semata2 nak breakfast dgn kau utk kali terakhirnya sebebum kita berpisah . Aku tuang air , tolong ambil breakfast utk kau . Aku suka masa tu :)
Ptg tu kau da nak balik Ipoh . Sebak aku nak hantar kau ke station bus . Tapi aku kna juga . Aku ada bg couple bear dkat kau yg aku sangkut dkat phone kau . Sebelum bas bertolak kau salam tangan aku , kau cium tangan aku . Aku peluk kau erat . Masa tu aku dah mula menangis :')
Aku tnggu bas bertolak sampai kau hilang dari pndangan . Aku suruh kaau rehat sepanjang perjalan dr S.p ke Ipoh tp kdg2 kau akan sms aku juga .


Tapi sayang . Itu lah last time kita jumpa . Sebulan lepas tu kita mula bergaduh even bnd kecik . Masing2 punya ego yg tinggi . Aku pernah nk baiki kita punya hubungan tapi macam tak menjadi . Aku pernah tanya pendapat kwn2 aku yg lain . Bnyk yg aku dapat . Tapi aku tak pernah nk guna pendapat diorg semua . Aku hanya fikirkan diri aku sendiri saja . Aku tak pernah nak jaga perasaan kau .aku betul2 minta maaf dgn segala kesilapan yg pernah aku lakukan terhadap kau .Walaupun kita masih berhubung skrg ni tapi kita tak mungkin akan bersatu macam dulu . Kau dah ada life baru . Aku bersyukur kau dah ada pengganti yg jauh lebih baik dari aku . One last thing , bila kau dah bersedia nk convert ke Islam harap kau akan inform aku . Aku akan pergi ke sana untuk jd saksi kau peluk Islam :)

Sincerely from your EX - Erul -
to you Capital - K -
with smile
hope you will happy
forever after
:)

Wednesday, June 27, 2012

Mee Banjir

Hai readers :)

       Thanks sbb sudi baca entri2 aku yg xseberapa ni . Aku sebenarnya baru balik dr makan dkat kdai Mee Banjir yg xberapa jauh dari rumah aku ni . Mula2nya malas nk keluar sbb duit yg tinggal dlm wallet aq ada lg RM6 . Disebabkan kwn yg ajak , aku akur jgak ikut depa . Kalau xp nnt kna cop xbersosial langsung . Lagi pun aku da jarang jumpa dgn depa smua . Alang2 mlm ni keluar sja la lepak2 sat .  Sampai2 kedai tu aku tngok agak sesak dgn org . Maklum la baru 1st time p walaupun kedai tu dekat sgt dgn rumah aku ni . Pusing2 , jumpa jgak tempat kosong tepi dgn highway . Elok kami duduk ada pelayan mai amek order ( cepat sungguh ) . Pelayan tu tnya nk mkn nasi atau mee . Kwn2 aku smua nk order mee . Aku pulak just order ayaq Sirap Limau sja ( jadi la dgn budget aku yg ciput tu ) . Mkn set utk 3 org tolak aku ( xmkn mee ) haha . Depa semua balun sungguh . Sampai kering mee dlm mangkuk tu . Aku pulak dok hirup ayaq sirap limau tu dkat 40 minit baru habeh ( lama x :P ) . Hbs mkn borak2 sat . Kat tmpt aku dgn kwn2 aku ja yg riuh . Sembang bkn main lg . Semua nk menang . Bila mai time nk bayaq pakat bwak kluaq duit sorg sikit . Sebab aq minum ayaq saja so aq dikecualikan . ngehngeh :P . Sampai kaunter nk byaq kna bg taw nma kita . Ok kdai mkn skrg smua da canggih . Aku sja yg xtaw . haha . Sekali dy tekan mesin dwet tu naik terpampang RM28.40 . BAPAK MAHAI . Padahal 3 org sja yg mkn . Kalau aku mkn jgak maybe smp RM30++ . Keluaq sja dr kedai tu semua muka tension . Yala . Kalau mkn kat tmpt lain kuantiti yg sma jgak ditawarkan , tapi harga xla mahal mcm tu skali . Pakat2 ban kedai tu . Sumpah maki semua kluaq . Tp aku x :) Time nk balik pulak kna tahan dpn POLIS . Amboi tny mcm2 .Dr mna nk ke mna lg . KALOT r polis la ni . Oppsss ( da x baik ) . BTW aku da smp rumah ni terus on lappy on9 . Bohsan ....!!!!!!

Esok nnak ke sekolah pulak . Ada sukan . Best kot :)

Night Readers :)

Friday, June 22, 2012

Twitter Oh! Twitter

                                                ~ Assalamualaikum guys ~


Sebenarnya aku tak ada apa sangat pun nk crita utk new entri kali ni . Tapi memandangkan aku ada sikit masa sebelum masuk tidur , saja kemas kini ( updated bak kata org Puteh ) blog aku ni . " Follow Me " ? mungkin semua org dah tau kalau perkataan follow me ni mesti sinonim dgn Burung Biru . Burung Biru ? benda apa pulak . Burung kakak tua ka ? Ala siapa yg tak tau Burung Biru a.k.a Twitter kan . Kalau tak tau sememangnya anda " AGAK " kuno . Opsss !!! haha gurau
Tujuan aku buat entri ni sebenarnya td maybe TWITTER worldwide down . 1stly aku ingatkan lappy aku yang bermasalah , so aku pun biarkan sja . Tak lama pastu ada sorg kwn aku msg merungut twitter dia xboleh buka . Owh! ok , maybe ada sikit masalah agaknya .  Dlm masa yg sama aku ada la selak-selak sikit blog orang lain sampai aku terniat nak buat benda alah ni . Agak lama pas Twitter down , aku ada tnya sorg lg kawan dekat Facebook . Katanya Twitternya ok sja . Dengan kelam kabut aku buka twitter aku semula . Kemudian....... TADAAAAA !!!!!! Twitter aq da kembali terpampang :) Sebab dah agak lewat , tak ada siapa lg yg bertweet . Kalau ada pon yg sememangnya hantu tweet :P 
OK! yg bestnya World Trending kat twitter adalah #WhileTwitterWasDown . Kiranya baru aku nak tweet dgn #hashtag tu ...... TADAAAAAA!!!!! jadi lg :) Sakit hati . Hope masalah ni akan cepat selesai la agaknya :)
kalau tak memang akn menyebabkan kemarahan pengguna TWITTER tegar termasuk la aku :P

Monday, June 11, 2012

~ A True Friend Never Disappears ~

"true friend is someone who never gets tired of listening to your pointless drama over and over again." - Lauren Conrad



DEPA "My True Friend"

Sunday, June 10, 2012

~ DEMAM EURO ~

~ Assalamualaikum WBT ~


Kebelakangan ni aq da kurang update BLOG ksyangan aq ni :P . Nk kata BZ xda la bz sgt . Kerja aq just tidur , makan , ngadap TV/Lappy (ON9) . Tp memandangkan INTERNET aq ni " AMAT LAJU " sesangat aq pon jrang la update + xda apa2 idea yg nk di update kan -.-" So hr ni sblom aq tngok bola , smpt jgak la aq update skit . Kalau x SUMPAH bersawang blog aq ni . HAHA :P
Mcm smua org jgak , aq jgak minat bola ( DULU TAK BERAPA MINAT ) . Tp sejak sudah masuk musin EURO ni aq mula minat gila2 dgn bola . Sanggup tnggu awal pagi smata2 nk tngok bola kat TV . Xmacam org lain yg lagi suka tngok kat mamak , aq lebih suka tngok kat umah . Even tngok kat umah xsemeriahh tngok kat mamak , aq still boleh tngok dgn tenang . Walaupon kat umah xda riuk pikuk org jerit "GOAL...!!" "SHOOT2..!!" atau "BENGONG la.tu pon xmasuk" ok wat.? Aq still boleh jerit sorg2 . Lagi pun kat rumah sng . Pas habeh sja game bola aq boleh trus tdur . Tak mcm yg tngok kat mamak . Nk kena bwak moto atau drive kereta dlm keadaan mengantuk yg teramat sgt pas penat jerit . haha
Lebih kurang sama jgak tngok bola kat umah dgn mamak , yg lainnya xramai org . Yg untung klo tngok kat umah adalah HD uuuu... ( JGN JELES ) jelas lg dr tngok skrin besaq mamak . Kalau EURO ni mst tiap org ada team FAVOURITE kn . Mcm aq , aq sokong PORTUGAL , GERMAN , SEPANYOL dgn ITALI . So aq xkisah sgt yg mna menang . Dalam game KALAH MENANG biasa la . Adat perlawanan smua tu kn . So tak mau ckap bnyk , bulan ni kita layan sja Euro smp habeh . Kita tngok team mna yg akn menang . Nk BET ?? :) 

Sunday, May 27, 2012

Hakikat Pasangan : Lelaki Hensem vs Perempuan Lawa


Aaron Aziz dan Lisa Surihani
Mesti ramai suka topik macam ni kan. 
Bab lelaki vs perempuan je mesti ada yang nak 
pertahankan hak masing-masing. Don’t worry. 
Entri kali ini aku takmau bias kat mana2 jantina.
Just nak pertikaikan fakta yang selalu disebut-sebut 
oleh manusia sekeliling aku ni.
The Facts
Lelaki Hensem + Perempuan Lawa = Tak kekal lama
Perempuan Lawa + Lelaki Tak Hensem = Kekal lama
Lelaki Hensem + Perempuan Tak Lawa = Kekal lama
Ahaks. hangpa rasa fakta kat atas tu betul ka tak? 
Aku rasa macam xboleh percaya tapi macam ada 
logiknya jugak kan.. Kalau pasangan tu 
sama-sama ada kelebihan hensem dan cantik 
mesti perasaan cemburu tu lebih daripada biasa. 
Ya la, market mesti lg tinggi daripada orang yang 
tak hensem atau tak cantik kan.  So, sedar atau 
tak si cantik atau si hensem tu mesti jadi tarikan 
orang lain.
Then, bila bergaduh mesti ada yang akan cakap, 
Eleh, awak tu tinggal saya pun mesti tak kisah..
Awak tu hensem, mesti senang je dapat cari awek lain.” 
Itu ayat dari perempuan, kalau ayat dari lelaki? 
Mesti akan dibalas balik dengan ayat yang 
lebih kurang macam tu kan. Sebab sama-sama 
hot stuff la katakan. Hehe.
So, apa pendapat korang tentang benda ni? Logik? 
Fakta tu boleh diterima? Atau itu hanya mitos 
semata-mata yang dibuat untuk rosakkan 
hubungan orang lain?

~ EVANESCENCE ~

My Heart Is Broken

~ The Official Music Video ~

~ The Official Lyric Video ~

Saturday, May 26, 2012

Away To Perlis Indera Kayangan

1st place : Gua Kelam.last p masa aq umuq 12 . Haha
Sebenarnya ni kisah lama . Tp baru aq berpeluang nk update blog aq ni . Mklum la kebelakangan ni agak bz . On9 pon aq on9 kat phone kesayangan aq saja . Jrang da nk on9 kat lappy ni . Tp dah alang2 boleh on9 kat lappy ni aq pon update la skit2.. Ok back to our topic , Away To Perlis Indera Kayangan . Pd 31 March smp 4 April aq da p Perlis sorg2. Kna plak mas t0o aq da kn buang keja. So aq ada bnyk masa free . Dgn berbekalkn dwet yg masih aq t0o , aq plan la p Perlis sbb sblom ni aq da jnj dgn kwn aq yg aq nk p sna . Train bertolak dr S.P ke arau smp pkol 4 . Agak takut jgak aq mulanya sbb hr t0o first time aq p Perlis sorg2 naek train . Dlm train aq dok dgn budak UITM Merbok . 2 2 kami diam buat hal sndr . Sembang pon sikit2 sja  . Dipendekkn crita aq smp stesen Arau dlm pkol 6 7 jgak la . Smp2 ja aq tros call member aq mai amek . Jenuh jgak la tnggu lamanya dy nk sampai . Haha.. Second day member aq da rancang mcm2 tempat nk bwak aq p .
2nd place : Wang Kelian . Bershopping :)

singgah sat kat tmpt ni..LAWA...!!!
Balek  mlm t0o lepak Karok plak kat kangar . Mg gila ahh. 2 jam melalak , mmg sakit tekak !!

Malam esoknya plak. Jumpa dgn lg sorg mmbr aq . Mlm ni kami mmg pakat dok gelak sbb dgr  ada pmpn t0o nyanyi lagu dangdut mcm nk nangis.seyes lawak :P
salah satu mercu tanda yg ada kat Perlis Indera Kayangan 

Ntok hari ketiga xda gmbar yg aq amek . Aq ada jmp lg mmber kat sini .  Dok pusing Cik Mat (C.Mart)  Hari plak hujan . Perjalanan xbrapa nk rancak ntok hari ke tiga ni . Siap sesat lg nk cari Politeknik kat Arau ni.haha
dok tunggu train smp sbb da nk balik S.p
Depa ni bestie aq masa kat PLKN dulu smp skrg . Antara yg paling rapat dgn aq :)
Masa ni da ada atas train nk smp S.p
Weyh.. Nnt bila ada masa aq p jmp hangpa lg  :)   Kita p Bukit Ayaq plak . Hari t0o cancel sbb hujan lebat mencurah2 ke bumi . Haha
BTW thnx weyh bg aq stay umah hang kwn . family hg sporting gila .


P/S : Dah smp S.p kna plak saman! haha. mmg terbaek la pak cik polis :P

Thursday, March 8, 2012

Stop Callin' Me..Grrrrrrrr

                                     ni ada sikit lirik lgu ni..hope dpt Baca n dpt FAHAM !!!!!

Stop callin'

Stop callin'
I don't wanna think anymore

I left my head and my heart on the dancefloor

Stop callin'
Stop callin'
I don't wanna talk anymore

I left my head and my heart on the dancefloor


[Chorus:]
Stop telephonin' me
(Stop telephonin' me)
I'm busy
(I'm busy)
Stop telephonin' me
(Stop telephonin' me)

Can call all you want but there's no one home
And you're not gonna reach my telephone
Out in the club
And I'm sipping that bubb
And you're not gonna reach my telephone
!!!!!!

Saturday, March 3, 2012

Anak Buah Pertama..Alhamdulillah Ameen

Baby Blues

saat selepas lahir :)

Ni la Muhamad Rayyan Suffie
Baby..ya baby..!! mesti org trtnya2 baby mna ni kan..tp yg ni agak lma sbnarnya.bulan lepas pd tanggal 19 feb 2012 , keluarga aq menyaksikn datang nya seorg lg hamba Allah ke dunia ini. tpat pd pkol 7.38am Muhammad Rayyan Suffie bin Muhammad Rohaizad telah lahir ke dunia di HKL.kelahiran yg xd'jangka ini pda awalnya dikatakn pd awal bulan 3 2012.ttp ra rezki nk dg awal.kita xle nk menduga kan..so skrg umur Rayyan da msok 2 minggu..kecik lagi baby ni..haha..well aq pon da jd Pak Jang laa pasni..happy sat :p haha..well.aq mendoakn yg Rayyan aq ni akn membesar dgn sihat..ameen :) BTW.4 hr selepas Muhammad Rayyan Suffie lahir..aq dpt pulak seorg lg sepupu pmpn.rezki thn 2012 ni mmg bnyk btol..Trima Kaseh ya Allah :)

Tuesday, February 7, 2012

Nilai Sebuah Persahabatan


Kali ini aku nak berbica erti dan juga nilai persahabatan. Setiap orang ada maksud tersendiri dan semuanya adalah betol dan boleh diterima pakai sebagai erti persahabatan. Aku selalu juga mengalami banyak peristiwa dimana sahabat adalah tempat aku mengadu dan juga meminta tolong. memang bagus kan kalo sahabat kita mcm tuh.
Namun dalam kita meneruskan kehidupan ini, tidak mustahil kita susah nak cari sahbat yang benar-benar sahabat. Kalo ada pun mungkin hanya menumpang kesenangan dan juga keseronokan. Namun untuk kesusahan dan kesidihan memang susah nak jumpa. Pendek kata kalo ada sikit je.
Dalam kamus aku, persahabatan aku takrifkan sebagai:

persahabatan = kepercayaan

maka, secara peribadi aku melihat tanpa kepercayaan nilai persahabatan tak kan dirasai dan juga aku yakin banyak masalah yang akan berlaku.