You know you're in love when you can't fall asleep because reality is finally better than your dreams

Saturday, July 13, 2013

Lepaking..

hai.. assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatu...

haaa... lagi satu.. awak ingat tak hari ni hari apa? hari ni hari sabtu.. kita dah cukup seminggu.. yayy!!!! ok cukup-cukup la ayat budak baru kapel seminggu ni. haa. ni la yang susah bila tengah updated blog sambil buka youtube. dari benda tak sampai sejam, la dah dekat 2 jam aku tersangkut kat sini. serrr -_-"

ok! hari ni aku nak updated blog untuk bacaan kawan-kawan aku ni yang sangat aku sayang iaitu, 6 beradik. kenapa 6 beradik?  sebab kami ada 6 orang tadi. dapat mana perkataan 6 beradik tu aku pun masih blur. haha. maybe dikmieya dengan ameck kot yang bagi. haha


macam biasa.. tiap kali aku balik untuk bercuti, memang aku tak ada aktiviti yang nak dibuat kat rumah melainkan makan, tengok tv & tidur *rutin harian sepanjang berada di rumah*
memandangkan tengah cuti berpuasa, dan dikmieya pon tengah bercuti juga.. tup-tup dia ada hantar mesej camni:
"assalamualaikum ameck, pakcik singa, putra, papa & melissa, esok kita kluaq jalan-jalan. tkyah kluaq duit. hihi"

"papa ok saja. yang lain macam mana?"

"ameck dengan dikmeyy ok saja. yang lain takda respon"

ok la.. lepas habis conversation tu, aku memang nak join. esok tu *jumaat* singa call. pagi-pagi lagi kot. aku still tidur. haha.. bangun dari tidur aku check phone, ada misscall. memandangkan kredit masih banyak, aku call singa semula.. cakap punya cakap, dai pon jadi p. aku pula kena ambil dia..

well, aku ni memang baik hati, bulan puasa la kata kan.. haha. *gurau2 saja* lepas p ambil singa, aku terus lajak ke AJM.. mula-mula tu tak tau la nak buat apa kat kat sana bulan-bulan puasa ni.. fikir balik. hmmm nk pekena coolblog.. sizzling.. yum3.. dugaan betul kalau p AJM bulan puasa. haha..


sesampainya aku dengan singa kat AJM, kami terus jumpa dikmieya & the gang. wah.! angkut bodyguard rupanya dikmieya petang tu.. kiri kanan lagi. haha. gabra jugak masa tu *k tipu.. dia ada dengan dikmeyy & ameck

bertegur sapa masa tu, yang lain semua pakat mengadap phone. sorang wechat, sorang twitter, sorang mesej, sorang facebook.. dikmieya sampai merajuk. haha. *k lawak* haha

memandangkan bulan puasa. puasa ketiga uolls.. tak ada banyak sangat aktiviti yang boleh dibuat. kami ada dua plan masa tu. samada nak karaoke atau boling.. last-last semua pilih boling. maklum la, puasa.. aku pulak tengah demam.. suara sengau pun ada lagi. haha.. masa ni putra dah sampai. dia mai soarng. kesian :3

masa main boling tu, ameck segan apa tak tau, dia tak nak main. asyik mengadap phone sja. haha..  kiranya kami berlima saja yang main.. lepas habis satu turn ambil gambar. pastu main lagi. pastu ambil gambar lagi. haishhh -_-"






k tak nak cerita panjang, masa boling tu aku menang uolls. 145 mata. first time aku menang lawan depa semua *ayat buat teruk :P


habis saja main boling, semua pakat nak balik. maklum la dah pukul 6. tapi sebelum balik tu, diamieya suggest ambil gambar banyak-banyak sikit. ala dia rindu la tu sebab lepas ni jarang nak jumpa lagi.. haha betul tak? betul tak?? 
dalam kata nak balik awal tu, berpuluh keping gambar jugak la yg diambil.. paling best gambar ala-ala ultraman aku dengan ameck. jadi apa tak tau petang tu. semua kepala masuk air agaknya. haha..


ok la.. aku malas nak melalut panjang lebar lagi. la dah pukul 2:51am. aku nak curah idea pun dah tak mampu. haha. nak tidur sat, pastu nak bangun sahur then sambung tidur, petang balik alor setar..


k sampai sini saja nukilan aku pada pagi ni.. apa yang aku tulis aku tak pasti. maklum la.. tengah mengantuk. haha..
apa-apa pun.. petang jumaat tu memang terbaik. pasni kita keluaq lepak lagi naa 6 beradik :) 


                                                           me love you all :)





Wednesday, July 10, 2013

Happy Ramadhan

assalamualaikum

aku tak tau kenapa hari ni aku rajin sangat nak update blog aku ni. hangpa tau tak kenapa? tolong habaq mai sat? *gegeh kan :P

well, seperti semua sedia maklum, hari ni, bersamaan dgn hari rabu 10-7-13 telah datangnya ramadhan yang ditunggu-tunggu oleh semua masyarakat islam.. alhamdulillah kita ditemukan lagi dengan bulan yang penuh mulia ini sekali lagi..

pada asalnya aku kena berbuka puasa dekat asrama, sebab khamis ada kelas. tapi ramai yang katanya dah beli ticket bali pada petang selasa tu, so kami pun pakat-pakat merayu bergolek-golek minta kelas pada hari khamis tu diganti.. ok. pada mulanya ada 2 kelas pada hari khamis. kelas IT telah berjaya menyelitkan dirinya untuk diganti pada hari selasa tu. tinggal la kelas pengajian malaysia terkontang-kanting sorang-sorang dia hari khamis tu...

dengan nekadnya nak balik, sanggup nak ponteng kelas pengajian malaysia tu. pastu selasa sebelum cuti puasa *kelmarin ada 1 lagi kelas nak ganti hari kahmis. kiranya ada 2 kelas balik hari khamis tu.. semua bebudak kelas dah mula gabra.. last-last kami tak bagi tau puan pun, yang kami semua tak nak p kelas tu.. kira lepas la. kalau dia tnya, alasan dia

"puan, ramai yang balik. dalam 4 5 org sja yang tak balik" alasan kukuh. haha

hari selasa tu last ada pengajian malaysia, bebudak kelas aku ni pandai membodek. depa bodek punya bodek, dapat kelas ganti... kira ok la ganti. asalkan hari khamis kami masih cuti...

petang masa nak balik SP biasa la, kena tunggu van nak bawakan ke shahab perdana. call berkali-kali pak cik van tu. tak sampai-sampai. last-last ada kawan ammar kot yang tumpangkan kami p shahab & masa yang sama aku rasa macam nampak pak cik van tu mai tempat kami tunggu tu. pasni mesti pak cik tu bebai dengan kami.. *sapa suruh pak cik lambat sangat* haha

sampai saj di shahab, masing-masing cari bas. kat situ aku jumpa iman. budak motel jugak. dia p awal sikit sebab p dengan awek. untung la depa ni, baru masuk 2 minggu dah jumpa awek.. pastu dok paksa-paksa aku cari jugak seorang. haha.. malas la.. aku tunggu awek jatuh macam dalam iklan AXE tu. haha *memang tak la kan?

sampai SP, dengan demam aku yang tak baik-baik lagi, izzuan mai amek kat station bas lama.. dai ni la kawan aku yang terbaik. minta tolong semua boleh :)
pas dia mai amek tu, aku cakap kat dia

"weh.. hantaq aku balik terus la.. aku rasa penat gila.. dengan hidung yang tersumbat. rasa semput pun ada"

dia ok sja.. tapi sebelum sampai rumah tu, singgah juga la nashmir, beli ayam goreng then p boh minyak moto.. sampai sja rumah, terima kasih dia. peluk-peluk, dia chiow..

memandangkan aku masih lagi tak makan seharian tu, masuk rumah, salam dengan mak, then terus ke dapur. aku buka tudung saji. tak ada apa yg nak di makan.. semua yang mak masak dah habis.. aku jumpa cintan kari. sekali aku balon 2 bungkus. lapar gila kan..

then pagi tu mak kejutkan untuk bersahur, dengan muka yang mengantuk, slow-slow aku bangun dari katil jalan macam zombie ke dapur.. mak masak sedap pagi tadi.. tapi aku makan sikit saja. maklum la, cintan dah kena 2 bungkus.. haha

habis saja sahur, aku nak on9.. aku cuba buat broadband daily tu. tapi tak boleh-boleh.. tension punya pasal, aku call operator celcom.. dekat 5 minit aku tunggu baru dia angkat. then dia cakap camni:

"ye en shahirul. boleh saya bantu?"
"saya nak buat broadband daily, tapi tak boleh. kenapa eh?
"sekarang mmg ada masalah, en cuba semula lepas pukul 8:30 pagi"
"oh! ok.. terima kasih"

tapi cara operator tu cakap macam nak marah aku. aku call dia lepas sahur. suara dia pon macam baru bangun tidur.. serrr... -_-"

aku rasa operator tu sumpah aku agaknya sebab ganggu dia tidur. pagi tu dalam masa 2-3 jam 6-7 kali aku masuk toilet.. masa tu.. hanya tuhan saja yang tau bertapa penatnya aku ulang alik dari bilik ke toilet. sampai jadi macam suster ngesot nak ke toilet *k ini tipu :3

first day puasa pun dah macam-macam yang jadi. dugaan betul semua ni. naseb baik la aku masih mampu bertahan. alhamdulillah :)

k la. aku rasa dah banyak yang aku kongsi untuk hari ni.. bagi yang belum niat tu, kat sini ada niat puasa.. hehe

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK






Happy Birthday to Me

ok, pagi tadi dah updated pasal sambung study, sekarang aku nak updated pula pasal birthday aku yang jatuh pada 5-7 lepas bersamaan dengan jumaat lepas. hari jumaat k jumaat. *selak balik kalender nak pastikan betul hari dia* aku dah tak berapa kisah pasal birthday ni sebenarnya. kalau takda celebration pun tak apa. asalkan ada yang ingat dan sudi wish dan doa untuk aku seharian hari tu. rasa bersyukur sangat masih ramai yang ingat birthday aku.. moga segala doa tu akan di dengar oleh Allah dan dimakbulkan oleh-Nya insyallah..

memandangkan birthday aku jatuh pada hari jumaat, aku dah memang, balik pada hari khamis tu sebab jumaat dah cuti. aku ada jugak dengar yang bebudak motel nak baling tepung kat aku. tapi alhamdulillah aku dapat elak malapetaka yang maha seronok itu.. depa siap plan nak baling tepung hari sabtu tu, sebab aku dan balik motel. tapi sekali lagi, tak ada jugak malapetaka tu. haha..

memandangkan masa birthday aku tu, aku dok demam, seharian la aku kat rumah. tapi apa yang bestnya birthday aku untuk kali ini datang dari mak aku sendiri, dan aku rasa benda ni aku takkan lupa sampai bila-bila. pagi tu macam biasa, aku kalau kat rumah memang bangun lewat.

pagi birthday tu bangun kejutkan aku, berkali-kali juga rasanya. aku buat tak tau saja, maklum la letih sangat. then mak masuk dalam bilik,

"MAK PEGANG DAN CIUM PIPI AKU"

and itu la aku rasa hadiah birthday yang paling terbaik pernah aku dapat selama 21 tahun aku kat atas dunia yang sementara ini.

Aku bersyukur pada-Mu ya Allah kerana kurniakan aku seorang ibu yg penyayang yang sudi menemani aku dikala aku susah dan senang :)

kat sini ada la sikit org yang wish kat aku samada kat twitter & fb. kat wechat & mesej xsempat nak letak :)




Aku Masih Seorang Pelajar

Assalamualaikum......

Sekian lama tak meng'updated' blog aku ni, hari ni aku berkesempatan nak menjengah ( betul tak tau perkataan ni ? ) Ok! Abaikan. haha... Rajin pulak aku pepagi ni nak updated blog kan.. Maklum la, dah 3 minggu aku tak sentuh lappy. Kali ni aku nak la keluarkan apa yang aku buat sepanjang 3 mingu ni.. Bermula dari tarikh 25-7-2013, tamatlah zaman "anak dara" aku.. haha.. Jangan salah faham pulak dah la.. Maksud aku dengan zaman anak dara tu adalah, zaman aku menghabiskan masa dekat rumah tanpa berbuat apa-apa. Just makan, tengok tv, makan then tidur.. Kitaran tu berulang-ulangan selama 1 tahun 3 bulan.. Dah naik jemu mak tengok aku rasanya. hehe

Ok! Nak di jadikan cerita, pada tarikh yg berkenaan, aku dan mendaftarkan diri dekat KPTM Alor Setar.. Pada mulanya aku refused nak p sana.. Tiap kali mak tanya, aku mesti mengelak soalan mak, aku ubah topik tak pun aku lari-lari anak.. haha.. Tapi tengok reaksi mak yang mengharapkan anak bertuah dia ni p sambung study, aku merelakan diri aku di study kan. Dari aku tunggu benda yang tak pasti akan aku dapat, baik aku ikut cakap mak tersayang. Haa.. Mungkin ada hikmah ni :P

Sebenarnya ni dah kali ke 3 aku dapat tawaran p sana. Sebelum ni asyik mengelak.. Aku dapat surat tawaran saja, aku amek simpan surat tawaran tu, tak nak mak tau.. Second time dapat, tapi surat tak sampai. rasa selamat sat. haha.. Last yg ke 3 daftar online. Abang aku yang daftarkan. Kalau nak suruh aku yg daftar memang tak la. Bila online saja, twitter tetap dihati. haha.. Last-last dapat tau yang aku dapat lagi, Mak dengan abang ngah dok tnya nak p atau tak.. Macam biasa, aku masih lagi lari-lari anak dari soalan mak tu. Nakal betul aku ni kan. haha :D

Setelah, dituju soalan yang bertubi-tubi bak kena tembak tanpa henti, aku pun cari la alternatif lain.. And the same time aku dapat tau yang Ann p UNITAR Penang.. Semangat aku pun nak p sana jugak, siap p rumah dia malam-malam nak tanya pasal UNITAR tu. Siap mesej dgn kak yang kerja kat sana. Rajin-rajin tangan aku ni.. At least kalau aku p sana, ada jugak kawan nk lepak, balik sekali nanti..

Eh..! Dah lari tajuk ni.. O! Mak kau! O! Mak kau! rewind balik p tajuk asal. Lari tajuk kurang markah nanti :p..

Lepas dapat tau yang aku dapat tawaran tu, last minit baru surat sampai, kalut kelaut jugak aku masa tu.. Sehari lps aku dapat surat tu, dah nak kena daftar. Gila Kau!! Dengan segala mak nenek persiapan aku tak buat lagi, borang-borang tak isi lagi, medical check-up pon ntah ke mana. OMAI! Aku dah mula give-up *angkat bendera putih* Kendian, aku teringat yang Zhaf pon study sana, aku pun call la dia, tanya itu ini. Aku pulak jenis tanya soalan ni 1 1.. lps tanya satu soalan. aku letak. pastu kalau ada soalan lagi, aku call lagi. Naik tension aku rasa zhaf hari tu. haha *sorry bro :)

Dah dapat penerangan dari zhaf, aku pun slow dan makin slow untuk isi borangan tawaran tu. Aku bagitau mak camni 

"Mak, orang macam tak semangat la nak p sana.. nak isi borang tawaran tu pon rasa malas" pastu aku mengeluh panjang.

Then mak balas camni plak :

"Kalau hang nak p, hang habaq siap-siap. Esok abang ngah boleh amek cuti p hantaq hang"

Kena plak hari tu aku dapat tau yang abang ngah tak dapat cuti pun hari yang nak hantar aku p alor setar tu.. lagi la buat aku tak bersemangat nak p. Sapa yang nak hantar aku p sana? Malam sebelum aku mengangkat kaki dari rumah bagi mencari ilmu, abang ngah balik, aku slow talk dengan dia. Wah! sebelum ni nak menyembang bab study aku mesti lari. Kali ni aku terpaku *poyo*

Malam tu aku siap-siap kan apa yang patut sampai pukul 2 pagi rasanya.. Ingatkan boleh la nak tidur lama-lama sikit, rupanya tak. haha.. Pagi tu dah kalut, kena bangun awal, siap-siap kan dorang mana yang nak di cop pulak. Bagi la kat along, suruh dia p cop borang-borang yg belambak tu kat sekolah. Dalam pukul 9-10 pagi aku p la amek borang-borang tu. Malu gila nak masuk sekolah sorang-sorang. Selalu mie ada sekali. Lepas aku amek tu, along cakap, satu borang ni kena JKKK yang cop. Rush jgak aku balik nak minta JKKK cop sehelai borang tu. Dari tikam batu ke sg pasir aku pecut tak sampai 10 minit. meter motor tu sampai pusing 2 3 kali *k ini tipu* tapi memang laju la aku bawak. Kawan tegur pun aku buat tak tau masa tu. Sampai depan rumah JKKK aku jerit la

"Assalamualaikum... Assalamualaikum.. Assalamualaikum"

Orang kata kalau lepas 3 kali bagi salam, baik balik. Aku pusing badan ke belakang macam masa kawad-kawad dulu dengan hentak-hentak kaki bagai lagi, ada orang jawab salam.. Fuh! Nasib aku tak "rem" moto depan rumah dia.. Semangat nak bagi surat tu nak cop. Last-last aku dapat berita yang menyedihkan *menangis tak berlagu aku depan rumah JKKK tu* *pasang lagu Patah Seribu* JKKK dah keluar. Bini dia suruh aku p Peladang pulak dekat dengan kilang SHARP tu *majikan lama* Aku pon p la dengan sepantas mungkin *selaju kelajuan cahaya* Tanya kat pakguard tu kat mana nak minta cop ketua kampung.. sekali lagi aku menangis tak berlagu.. kali ni pasang lagu lain plak. hangpa nak letak lagu apa pun xpa" Pakguard tu cakap plak, kena p kat JKR sg petani. Aku balik rumah dulu, packing-packing barang yang mana nak bawa *kerja last minit cmni la jadinya..

Sampai saja kat JKR tu, kali ke 3 kau menangis tak berlagu*dah macam drama melayu, tipikal sangat kan? * katanya pegawai yang cop tu bercuti.. Aku macam nak saja hempuk kepala sorang-sorang masa tu. Aku dah la nak kena daftar sampai pukul 3 saja. Kat situ saja dah sampai pukul 11 pagi. Then org kat situ suruh plak p pejabat UMNO sg petani. Aku fikir yang ni last tempat aku p, Sampai kat sna, aku minta cop lagi. Kali ni aku macam nak bom saja bangunan tu. Dia suruh pulak aku p cawangan pantai merdeka.. Memang tak la aku nk p sana. 30km dari tempat aku ada sekarang ni. Alasannya, aku cawangan ni bukan untuk yang tinggal kat sg pasir, situ merbok. Dey! Aku nak cop sja la, bukan susah pun. Amek cop tu, then cop la kat sehelai kertas tu. Bukan susah pun. Cakap punya cakap, dia kata, pukul 1130 mai ambil. Boleh pulak nak cop. Tu la manusia. Susah betul nak minta tolong.. haishhhh....

Selesai semua kat sini, kami terus ke alor setar. Daftar bagai. Pusing satu dewan TNB mergong tu nak daftar. P stesen ni stesen tu. HAbis saja daftar dia kata pukul 3:30pm baru boleh p asrama. Ada masa lagi, p singgah tesco mergong sat, beli kelengkapan yang tak lengkap tu, then makan.. Dipendekkan cerita, habis memborong sakan, my family and I *wah speaking doo* p la kat asrama tu, ehemm.. bukan asrama, tp motel. Motel Putra nama tempat tu. Dah saip-siap kemas barang tu, aku hantar la mak, abg ngah dgn rayyan sampai kat bawah, depa nak balik SP dah. Then mak cakap camni:

"belajar rajin-rajin k"

Hari yang sama, dah dapat roommate, motelmates, pukul 6 kami dh kena bersiap-siap. Ada orientasi. Naik la bus unimap yang macam nak "relai" *in case tak faham, relai tu macam nak hancur* haha.. Orientasi tu bosan gila, buat dalam surau. Aku banyak lena. Letih kot, hari daftar dah kena orientasi sampai pukul 1130mlm.

Sambung keesokan harinya, ada taklimat kat dewan tnb tempat sama aku daftar tu. Time ni depa campur lelaki & perempuan. Time tu usha-usha awek. haha.. Usha saja, takda la sampai nak mengorat macam bebudak lain buat. Siot ja. haha. Seharian jugak la dok kat situ. Malam tu kena p surau balik, ada orientasi sambungan dari yang sebelumnya. Malam tu bebudak fasi mengamuk *berdrama sangat depa ni* Depa panggil semua bubudak yang lahir bulan 6 kata depa ni ada buat salah. Siap nak bertumbuk bagai.. Padahal aku dah tau, benda ni memeng selalu buat masa orientasi. Kononnya yang lahir bulan 6 tu semua buat salah, last-last depa bg kek. Aku memang buat tak tau masa tu. Yang aku tau, aku nak balik motel, then nak tidur.








Last day orientasi, ada taklimat penerangan pasal subjek-subjek yang kami ambil.. Masa tu pun aku tidur *aku ni memang kaki tidur* :P
Nothing much hari last orientasi ni.. sampai pukul 6 habis. Nak tunggu bus sampai p hantar balik motel pula, macam tunggu ayam bertelur yg pasti ayam tu lambat lagi nak bertelur *apa yang aku merapu ni? faham tak?*

Sampai motel, aku packing-packing barang, aku balik SP. Baru tinggal kat alor setar tu 3 hari, dah lari balik rumah. haha.. Malam tu tumpang la zhaf balik. Naseb dia ada, jimat sikit duit aku yang tak seberapa ni.. *buka wallet keluar habuk* -_-"

Well, minggu depan tu dah start kelas. Awal-awal ni semangat nak study tu membuak-buak bak air yang sedang mendidih. haha.. 

Ya Allah, Permudahkanlah segala urusanku sepanjang aku berada di KPTM ini. Ameen :)

ni antara roommate & motelmates aku











Saturday, May 18, 2013

Berblogging Hampeh

Assalamualaikum

Hoi! Hoi! haha.. Petang ni saja aku takda keja nk buat, aku updated la sikit blog aku ni. Takda la sunyi sgt blog ni. nak updated panjang panjang takda idea la pula. So ptg ni aku just nk cerita yang aku dah ubahsuai blog aku jd lebih simple... Semuanya serba kelabu la.. *padahal tak banyak beza pon dari blog lama aku tu.. haha.. Banyak kali jgak aku tukar, last sekali berkenan pula hati ni kat kaler kelabu *poyo* Sambil aku dok download video, lagu + aku updated blog amek masa smp 2 - 3 jam baru nak siap blog aku ni. Well, broadband dah la lembab mcm siput, padan la kan. haha.. pukul 1515 tadi waktu M'sia siap la aku mengupdated blog aku ni *Alhamdulillah* tapi skrg ni dlm proses nak letak lagu yang sesuai. lagu yang aku letak sekarang ni mcm xberapa nk best walaupon aku minat gila dengan lagu tu. Apa - apa pun, aku kat sini nak ucapkan selamat petang kat semua..

p/s berada di London ni rasa sejuk.. nak mandi pon segan.. kbaii 


Monday, February 18, 2013

Happy Birthday Rayyan Sufie

Assalamualaikum wbt.

Lepas sudah beberapa minggu tak updated blog aku ni, kita aku kembali dengan sebuah cerita baru. Perhatian! Perhatian! Hari ini adalah hari yang sangat istimewa buat anak buah aku yang pertama,. Siapa lagi kalau bukan si Muhammad Rayyan Sufie si budak kecik yang nakal tapi cute tu :P

Rayyan demam *nak tak apa yang tertempek dekat dahi dia tu. itu la cool fever :P

Birthday Rayyan ni sepatutnya pada 19/2 tapi terpaksa di awalkan 2 hari sebab esok abah kepada Rayyan dah nak balik ke Cheras, berbakti kepada negara *Cewah!* sebab kena kerja sebenarnya. So hari ni last day abah Rayyan ada dekat Sg Petani, kami ambil peluang ni nak celebrate birthday Rayyan. Pada masa yang sama, hari ni sambut lagi 1 birthdat. birthday adik aku yg ke 19. Birthday dia pon di awalkan jgak sehari. *semua nak awal depa ni* haha

ni la adik aku yang sambut birthday sama dengan Rayyan. bday dia 18/2
Yang tak bestnya, watak utama untuk hari ni demam la pula. Panas betul badan dia. Siap pakai coolfever lagi seharian. haha. Mungkin sebab deman, birthday boy tak banyak senyum. Diam saja dia *budak baik* 
yang ni Rayyan dengan Ummi dia *sedondon merah :)
 Apa yang specialnya birthday Rayyan yang pertama ni, adalah kek dia. Rayyan dapat 3 biji kek, bermacam bentuk bermacam rasa. Untuk budak kecik ni. haha. Tapi sebab demam ni kan, makan pun tak berapa lalu. 


kek yang cik ngah dia belikan
2 lagi kek untuk Rayyan


atototo. budak demam :)
potong kek. saat yg ditunggu-tunggu :)
haha. budak ni tak tahu nak duduk diam masa bergambar -_-"
Ni la keluarga Rayyan
Happy Birthday Muhammad Rayyan Sufie. We Love You :)


Thursday, January 24, 2013

Tips Berpakaian Untuk Lelaki Kelihatan Kurus

Hari ni, Erul nak share sikit tips untuk lelaki kelihatan kurus dengan cara berpakaian yang betul. Mungkin ada di luar sana yang berbadan agak berisi yang runsing dengan penampilan sedia ada. Jangan risau. Dengan adanya tips ini, mungkin akan menolong anda serba sedikit untuk mengembalikan semangat anda untuk kembali yakin.

Baju Dan Sweater

Pastikan anda membeli baju yang mengikut saiz badan anda. tidak terlalu besar atau terlalu kecil. Dengan ini, secara automatik anda akan kelihatan kurus. Cari baju in slim, extra slim, modern, or athletic fits. Tetapi tidak terlalu ketat atau over slim. Pakaian yang dipakai hendaklah selesa dan tidak menarik mana-mana bahagia yang terlalu menonjol.


Penggunaan baju leher V juga dapat membantu anda kelihatan kurus. Pemakaian baju leher V memcipta satu ilusi ketinggian dan kurus di bahagian bawah badan. Pakai pakaian yang berunsurkan kapas, dan elakkan pakaian dari unsur bulu. Elakkan memakai baju bulu yang berat dan besar kerana ia hanya akan menambah berat kepada susuk tubuh.


Pants, Trousers, Slacks dan Jeans

Beli slim, flat atau kosong di bahagian depan seluar. Pilih warna yang gelap seperti hitam dan navy. Sebolehnya elakkan lipatan di bahagian hujung kaki kerana ia akan membuatkan anda kelihatan lebih rendah . Seluar yang flat dan kosong memberikan pinggang si pemakai kelihatan lebih ramping. Cara pemakaian seluar hendaklah betul, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu renah (londeh). Pastikan seluar berada betul-betul di bahagian pinggang. Kaki seluar hendaklah sampai ke kasut. Sebolehnya elakkan memakai seluar pendek paras lutut yg menampakkan anda lebig gempal. Penggunaan warna gelap dalam memilih seluar akan menyembunyikan saiz badan yang sebenar. Pastikan kaki seluar adalah lurus (straight cut) jika anda mahu kelihatan lebih ramping di bahagian bawah badan.


Kasut dan Boots

Pemilihan kasut juga adalah penting. Oleh itu, anda hendaklah memilih kasut yang bulat di bahagian tumit.  Kasut tumit bulat boleh memanjangkan kaki yang membuat lelaki itu kelihatan tinggi dan kurus. Elakkan memakai tapak kaki tebal kerana ia akan menambah berat badan si pemakainya. Walau bagaimanapun, boots ketinggian buku lali dengan hiasan minimum dalam kaki bulat dan nipis tunggal boleh membantu mengurangkan saiz susuk tubuh pemakai.

Outerwear

Pilih topcoats, overcoats, jaket, parkas, dan pakaian luar lain dalam saiz yang sama sebagai suit jacket anda.  Ramai lelaki membuat kesilapan dengan membeli outwear terlalu besar dan berlebihan yang membuat lelaki itu kelihatan lebih besar dari asal. Panjang jaket hendaklah di paras pinggang manakala lengan tidak terlalu panjang. Seeloknya berada di bahagian pergelagangan tangan. Elakkan membeli jaket dengan jalur pinggang elastik kerana ia akan menambahkan berat di bahagian tengah badan.


Aksesori

Pilih topi, cermin mata, sarung tangan, pin tali leher dan aksesori lain dengan bahan yang minimum, garisan menegak, warna dikurangkan, dan dengan bentuk hiasan dan minimum. "less is more" bak kata pepatah. 

Harap tip ini sedikit sebanyak membantu anda mengembalikan keyakinan anda.

Thursday, January 17, 2013

Bezanya Lelaki Dan Perempuan

Assalamualaikum :)

Beza lelaki & perempuan dalam persahabatan. Sejak lahir, lelaki & perempuan adalah berbeza. Even dalam persahabatan pun bnyk yg berbeza. Sejak dilahirkan sememangnya berbeza, so kena dengan tajuk ni, perkataan berbeza memang akan banyak kelihatan :)



 no 1 " Oh! dia tu kawan aku "
 *Lelaki*
Llaki, kalau mereka dah tahu nama dan pernah terserempak beberapa kali dan pernah angkat tangan pada seseorang say "HAI" tu dah dikira sebagai kawan. Kalau mereka keluar bersama keluarga dan pada masa yg sama ada seseorang yang say HAI dan keluarga bertanya " Siapa tu? " automatically dia akan jawab "Oh! kawan sekolah/kolej tu " bagi aku, lelaki lebih senang buat kawan.

*Perempuan*
Perempuan, lagi tak berborak 1 2 ayat, perkataan kawan tu masih lg belum wujud. Selagi tak berborak bagai nak rak, memang bukan dipanggil kawan. Ada juga yang pernah senyum to each other bila ditanya, " Siapa Tu? " jawapan dia mesti macam ni " kawan sekolah/kolej. tapi tak pernah berborak pun. Sometimes perempuan agak memilih kawan 

no 2 " Sweet & sentimental value "
*Lelaki*
Lelaki, kalau kawan tu rapat macam mana sekalipun, tak ada la nak sweet sweet kan. Tak ada nak beli baju yang sama atau pakai baju yang sama bila keluar. Kalau ada mesti ada sometihings yg tersirat ni. Sweet dan sayang macam mana pun, ke-macho-an tetap kena jaga. Kena keep maintain. Dalam berkawan, mereka datang dan pergi dengan senang. Make friends dengan sesiapa sja.

*Perempuan*
Perempuan, bila berkawan, mereka akan lebih setia dan akan contact bila-bila saja, even dah beranak pinak sekalipun. Biasanya kalau jumpa setelah sekian lama tak jumpa " weiii, lama tak jumpa. Kau sihat? " (sambil lompat2 sikit) Dah tu mesti nak tangkap gambar, pakai baju yang sama tanda persahabatan. So dalam kes ni, perempuan lebih sentimental, bukan sakit mental :P

no 3 " Pinjamkan barang "
*Lelaki*
Lelaki, kalau bab pinjam barang ni memang senang. Bak kata orang sekarang memang sempoi. Kebanyakan main ambil saja tanpa minta kebenaran terlebih dahulu. Tapi tak semua lelaki macam ni. Kadang-kadang ada yang terlalu sayangkan barang masing-masing smp tak bagi langsung. " Barang aku barang aku. Barang kau barang kau " Tapi kalau yang baik tu baik sungguh. " Kau nak pinjam apa? amek la. Yang penting jaga baik-baik " Lepas guna bagi balik

*Perempuan*
Perempuan, lagi straight. Lagi proper dalam bab ni. Kalau nak pinjam, kena minta baik-baik dan mengharapkan barang tu akan dikembalikan dalam keadaan baik. Sometimes kalau main ambil yanpa minta kebenaran, mesti akan timbul satu issue kecil hati dan tak selesa. Perempuan ni lebih detail dalam bab-bab barang ni. Kalau dah ambil, letak semula di tempat tempat asal.

no 4 " Message, ianya privacy "
*Lelaki*
Lelaki, kalau dapat handphone kawan tu, alasan nak main games dan sebagainya. Tapi awas, mesej-mesej anda mungkin sedang dibaca oleh rakan-rakan anda. Nak pula yang jenis suka letak handphone merata-rata.  So jaga-jaga handphone anda. Lebih selamat kalau anda letakkan password pada handphone anda. Tapi lain bagi lelaki yang single. Kalau kawan minta phone, no hal la. Bagi dgn senang hati. Kalau ada mesej pon, mungkin dr keluarga, ataupon mana-mana rangkaian telekomunikasi.

*Perempuan*
Perempuan, bab handphone memang dia jaga sungguh. Tak ada nak campak-campak merata. Kalau boleh nak letak atas meja tu, sangat berhati-hati. Kalau ada kawan yang suka selongkar handphone dikira sebagai tak senonoh. Walaupon ada segelintir oarnag yang macam tu, perempuan ni lebih rapi. Bab privacy ni memang menang kat prempuan.

no 5 " Pinjam duit "
*Lelaki*
Lelaki, kalau bab bagi pinjam duit ni agak kurang sikit. Maklum la, bila bagi pinjam ada saja yang liat nak bayar balik. Sometimes tu ada yang sampai bertahun-tahun tak bayar lagi. Last-last bila darah naik kepala, jalan penyelesaian bertumbuk. 

*Perempuan*
Perempuan, bab pinjam duit sangat senang. Kalau bagi pinjam, dengan yakinya akan dapat semula duit yang dipinjamkan tu. Even tak ada duit, mereka lebih senang tolong rakan-rakan yang memerlukan. Tapi sangat sakit hati bila dapat tau kawan yang beriya-iya pinjam duit tu, guna duit yang dipinjamkan untuk beli majalah.

p/s : mungkin ada banyak lagi perbezaan antara lelaki dan perempuan ni yang aku tak tulis. Kalau tulis juga mau 5 6 7 atau 8 page. Terlalu banyak sangat. Dekat sini aku just bagi 5 perbezaan antara lelaki dan perempuan. Bukan golongan pondan. haha

Selamat membaca :)



Wednesday, January 2, 2013

Tahun Baru Semangat Baru & Mungkin Kekasih Baru?

Assalamualaikum,

Rasanya belum terlambat nk ucapkan selamat tahun baru utk semua kan? okok *check mic 1 2 3* orait, Saya disini ingin mengucapkan selamat tahun baru kpd semua. Moga tahun ini akan membawa 1001 makna & rezeki yg melimpah-ruah. Amin :)

Macam mana sambutan tahun baru hangpa semua? best x? mesti ada yg p sambut ramai-ramai kan. lepak dgn kawan-kawan, dgn family tengok bunga api. Best kan? Aku pulak yg stay kat rumah mengadap lappy 24/7. Rasa malas nk kluar rumah sambut tahun baru. Lately aku memang malas gila nk keluar rumah. Dah macam anak dara asyik duduk rumah. Kalau ada kawan-kawan yg ajak keluar baru la aku rajinkan diri nk keluar. Kalau tak dalam bilik, atas katil la tempat aku lepak. Asalkan dapat on9 kira sgt AWESOME la. haha. Selalunya sambutan tahun baru aku di Pulau Pinang. Disebabkan jauh, plus sesak & road block yg bnyk, aku dh malas nk p. Dalam Sg Petani sja dh berpuluh road block, ni nk ke Pulau Pinang plak. lg bnyk la jwbnya..
Tambahan pula, keadaan bila sambut tahun baru tu yg dipenuhi dgn pelbagai jenis kerenah manusia, panasnya even tengah malam. Bila nak balik dgn mengantuknya. Memang boleh gila dibuatnya xD

Bercakap tentang tahun baru ni, mesti ramai yg dah pasang hajat baru kan? hajat-hajat tahun lepas dh tercapai ke semuanya? Kalau belum tercapai masukkan dalam list hajat tahun 2013 ni. Usaha Tangga Kejayaan :)

Ni antara hajat aku untuk tahun 2013

# semoga keluarga aku sentiasa dirahmati Allah swt
# dimurahkan rezeki
# cuba nak menggembirakan semua org yg rapat dgn aku
# nk delete segala kenangan buruk sepanjang tahun 2012...... dr awal tahun smp habis tahun 2012. Delete.. Delete.. Delete :)
# utamakan diri sendiri (tak bermakna aku penting diri)
# harap akan menerima sesuatu yg sangat bermakna

Bila semuanya dah baru, ada kawan tanya, " Bila agaknya hang nk dapat awek baru? " err no komen (ayat retis) bab awek2 ni biarlah aku letak tepi dulu. Rasanya aku belum cukup bertanggungjawab nk jaga anak dara org ni. Orang kata kalau dah suka kahwin terus (Insyallah bila smp waktunya) :) lg pun aku tengok ramai yg berawek ni punyai masalah. Biasa la asam garam bila bercinta, semua orang laluinya. Tapi aku, aku lebih suka letak pada takdir. Kalau dh takdir tertulis yg aku akan mendapat jodoh awal, Alhamdulillah :) Siapa yg xsuka kan?

Apa-apa pun. Guna tahun 2013 ni dgn sebaiknya. Pandang ke hadapan tanpa perlu menoleh ke belakang. Apa yg dah kita buang jgn di ambil kembali. Sekarang lita lupakan segala yg pahit, kita kutip segala yg manis.

p/s : rindu nk tngok bunga api? jgn risau. sini disertakan sekali dgn bunga api :P 

~Selamat Tahun Baru 2013 Untuk Semua ~


Gambar terakhir snap bg tahun 2012