You know you're in love when you can't fall asleep because reality is finally better than your dreams

Wednesday, July 10, 2013

Happy Birthday to Me

ok, pagi tadi dah updated pasal sambung study, sekarang aku nak updated pula pasal birthday aku yang jatuh pada 5-7 lepas bersamaan dengan jumaat lepas. hari jumaat k jumaat. *selak balik kalender nak pastikan betul hari dia* aku dah tak berapa kisah pasal birthday ni sebenarnya. kalau takda celebration pun tak apa. asalkan ada yang ingat dan sudi wish dan doa untuk aku seharian hari tu. rasa bersyukur sangat masih ramai yang ingat birthday aku.. moga segala doa tu akan di dengar oleh Allah dan dimakbulkan oleh-Nya insyallah..

memandangkan birthday aku jatuh pada hari jumaat, aku dah memang, balik pada hari khamis tu sebab jumaat dah cuti. aku ada jugak dengar yang bebudak motel nak baling tepung kat aku. tapi alhamdulillah aku dapat elak malapetaka yang maha seronok itu.. depa siap plan nak baling tepung hari sabtu tu, sebab aku dan balik motel. tapi sekali lagi, tak ada jugak malapetaka tu. haha..

memandangkan masa birthday aku tu, aku dok demam, seharian la aku kat rumah. tapi apa yang bestnya birthday aku untuk kali ini datang dari mak aku sendiri, dan aku rasa benda ni aku takkan lupa sampai bila-bila. pagi tu macam biasa, aku kalau kat rumah memang bangun lewat.

pagi birthday tu bangun kejutkan aku, berkali-kali juga rasanya. aku buat tak tau saja, maklum la letih sangat. then mak masuk dalam bilik,

"MAK PEGANG DAN CIUM PIPI AKU"

and itu la aku rasa hadiah birthday yang paling terbaik pernah aku dapat selama 21 tahun aku kat atas dunia yang sementara ini.

Aku bersyukur pada-Mu ya Allah kerana kurniakan aku seorang ibu yg penyayang yang sudi menemani aku dikala aku susah dan senang :)

kat sini ada la sikit org yang wish kat aku samada kat twitter & fb. kat wechat & mesej xsempat nak letak :)




No comments:

Post a Comment