You know you're in love when you can't fall asleep because reality is finally better than your dreams

Wednesday, July 10, 2013

Happy Ramadhan

assalamualaikum

aku tak tau kenapa hari ni aku rajin sangat nak update blog aku ni. hangpa tau tak kenapa? tolong habaq mai sat? *gegeh kan :P

well, seperti semua sedia maklum, hari ni, bersamaan dgn hari rabu 10-7-13 telah datangnya ramadhan yang ditunggu-tunggu oleh semua masyarakat islam.. alhamdulillah kita ditemukan lagi dengan bulan yang penuh mulia ini sekali lagi..

pada asalnya aku kena berbuka puasa dekat asrama, sebab khamis ada kelas. tapi ramai yang katanya dah beli ticket bali pada petang selasa tu, so kami pun pakat-pakat merayu bergolek-golek minta kelas pada hari khamis tu diganti.. ok. pada mulanya ada 2 kelas pada hari khamis. kelas IT telah berjaya menyelitkan dirinya untuk diganti pada hari selasa tu. tinggal la kelas pengajian malaysia terkontang-kanting sorang-sorang dia hari khamis tu...

dengan nekadnya nak balik, sanggup nak ponteng kelas pengajian malaysia tu. pastu selasa sebelum cuti puasa *kelmarin ada 1 lagi kelas nak ganti hari kahmis. kiranya ada 2 kelas balik hari khamis tu.. semua bebudak kelas dah mula gabra.. last-last kami tak bagi tau puan pun, yang kami semua tak nak p kelas tu.. kira lepas la. kalau dia tnya, alasan dia

"puan, ramai yang balik. dalam 4 5 org sja yang tak balik" alasan kukuh. haha

hari selasa tu last ada pengajian malaysia, bebudak kelas aku ni pandai membodek. depa bodek punya bodek, dapat kelas ganti... kira ok la ganti. asalkan hari khamis kami masih cuti...

petang masa nak balik SP biasa la, kena tunggu van nak bawakan ke shahab perdana. call berkali-kali pak cik van tu. tak sampai-sampai. last-last ada kawan ammar kot yang tumpangkan kami p shahab & masa yang sama aku rasa macam nampak pak cik van tu mai tempat kami tunggu tu. pasni mesti pak cik tu bebai dengan kami.. *sapa suruh pak cik lambat sangat* haha

sampai saj di shahab, masing-masing cari bas. kat situ aku jumpa iman. budak motel jugak. dia p awal sikit sebab p dengan awek. untung la depa ni, baru masuk 2 minggu dah jumpa awek.. pastu dok paksa-paksa aku cari jugak seorang. haha.. malas la.. aku tunggu awek jatuh macam dalam iklan AXE tu. haha *memang tak la kan?

sampai SP, dengan demam aku yang tak baik-baik lagi, izzuan mai amek kat station bas lama.. dai ni la kawan aku yang terbaik. minta tolong semua boleh :)
pas dia mai amek tu, aku cakap kat dia

"weh.. hantaq aku balik terus la.. aku rasa penat gila.. dengan hidung yang tersumbat. rasa semput pun ada"

dia ok sja.. tapi sebelum sampai rumah tu, singgah juga la nashmir, beli ayam goreng then p boh minyak moto.. sampai sja rumah, terima kasih dia. peluk-peluk, dia chiow..

memandangkan aku masih lagi tak makan seharian tu, masuk rumah, salam dengan mak, then terus ke dapur. aku buka tudung saji. tak ada apa yg nak di makan.. semua yang mak masak dah habis.. aku jumpa cintan kari. sekali aku balon 2 bungkus. lapar gila kan..

then pagi tu mak kejutkan untuk bersahur, dengan muka yang mengantuk, slow-slow aku bangun dari katil jalan macam zombie ke dapur.. mak masak sedap pagi tadi.. tapi aku makan sikit saja. maklum la, cintan dah kena 2 bungkus.. haha

habis saja sahur, aku nak on9.. aku cuba buat broadband daily tu. tapi tak boleh-boleh.. tension punya pasal, aku call operator celcom.. dekat 5 minit aku tunggu baru dia angkat. then dia cakap camni:

"ye en shahirul. boleh saya bantu?"
"saya nak buat broadband daily, tapi tak boleh. kenapa eh?
"sekarang mmg ada masalah, en cuba semula lepas pukul 8:30 pagi"
"oh! ok.. terima kasih"

tapi cara operator tu cakap macam nak marah aku. aku call dia lepas sahur. suara dia pon macam baru bangun tidur.. serrr... -_-"

aku rasa operator tu sumpah aku agaknya sebab ganggu dia tidur. pagi tu dalam masa 2-3 jam 6-7 kali aku masuk toilet.. masa tu.. hanya tuhan saja yang tau bertapa penatnya aku ulang alik dari bilik ke toilet. sampai jadi macam suster ngesot nak ke toilet *k ini tipu :3

first day puasa pun dah macam-macam yang jadi. dugaan betul semua ni. naseb baik la aku masih mampu bertahan. alhamdulillah :)

k la. aku rasa dah banyak yang aku kongsi untuk hari ni.. bagi yang belum niat tu, kat sini ada niat puasa.. hehe

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK






No comments:

Post a Comment