You know you're in love when you can't fall asleep because reality is finally better than your dreams

Saturday, September 6, 2014

Enam / September / Dua Ribu Empat Belas

Assalamualaikum

sekarang jam dah menunjukkan pukul 4:32 pagi. aku tak aku apa yang membuatkan aku masih tak boleh tidur lagi masa-masa macam ni. lately, aku kena selsema lagi even baru saja sembuh dari selsema yang berpanjang bermula dari raya ke-4 hari tu lagi. seksanya hanya tuhan saja yang tahu. sampai sekarang batuk aku masih tak berbaik lagi. bebaru ni aku selsema semula. alhamdulillah ramai yang ambil berat tentang kesihatan aku walaupun selsema kali ni tak seberapa teruk dari yang sebelumnya.

niat aku kembali menulis blog ni bukan apa. aku terbaca satu blog ni yang boleh aku kata mengungkit kembali kisah-kisah silam aku even semua tu dah berlalu bertahun-tahun dulu. aku tak tahu kenapa, tapi memang aku tergerak bila baca blog "hamba Allah" seorang ni. penulisan dia tak la begitu mendalam, tapi dia pandai dalam mencuit hati pembaca. apa yang dia tulis dalam blog dia tu memang banyak yang berkaitan dengan diri aku. tentang persahabatan, keluarga dan ada juga sikit tentang cinta.

sekali baca aku dah terasa. betapa pentingnya persahabatan, keluarga dan cinta dalam sebuah kehidupan. kehidupan ni hanya la sementara. semua orang akan datang dan pergi. tak ada seorang pun akan kekal. aku harap yang mereka akan faham bahawa, hidup harus diteruskan walaupun apa yang terjadi. sahabat terutamanya. walaupun hanya kenal untuk seketika, tapi akan sentiasa diingati selamanya walau jauh sekalipun. yang datang tak mungkin akan sama dengan yang sudah pergi. so hargai. aku pernah buat benda paling bodoh. tinggal orang yang ambil berat tetang aku. aku harap yang benda ni takkan terjadi lagi lepas ni. 

terima kasih kerana masih lagi ingat aku walaupun aku yang pergi meninggalkan kau wahai rakan. aku harap yang kau akan sentiasa sihat dan bahagia...

sekian :)