You know you're in love when you can't fall asleep because reality is finally better than your dreams

Saturday, July 13, 2013

Lepaking..

hai.. assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatu...

haaa... lagi satu.. awak ingat tak hari ni hari apa? hari ni hari sabtu.. kita dah cukup seminggu.. yayy!!!! ok cukup-cukup la ayat budak baru kapel seminggu ni. haa. ni la yang susah bila tengah updated blog sambil buka youtube. dari benda tak sampai sejam, la dah dekat 2 jam aku tersangkut kat sini. serrr -_-"

ok! hari ni aku nak updated blog untuk bacaan kawan-kawan aku ni yang sangat aku sayang iaitu, 6 beradik. kenapa 6 beradik?  sebab kami ada 6 orang tadi. dapat mana perkataan 6 beradik tu aku pun masih blur. haha. maybe dikmieya dengan ameck kot yang bagi. haha


macam biasa.. tiap kali aku balik untuk bercuti, memang aku tak ada aktiviti yang nak dibuat kat rumah melainkan makan, tengok tv & tidur *rutin harian sepanjang berada di rumah*
memandangkan tengah cuti berpuasa, dan dikmieya pon tengah bercuti juga.. tup-tup dia ada hantar mesej camni:
"assalamualaikum ameck, pakcik singa, putra, papa & melissa, esok kita kluaq jalan-jalan. tkyah kluaq duit. hihi"

"papa ok saja. yang lain macam mana?"

"ameck dengan dikmeyy ok saja. yang lain takda respon"

ok la.. lepas habis conversation tu, aku memang nak join. esok tu *jumaat* singa call. pagi-pagi lagi kot. aku still tidur. haha.. bangun dari tidur aku check phone, ada misscall. memandangkan kredit masih banyak, aku call singa semula.. cakap punya cakap, dai pon jadi p. aku pula kena ambil dia..

well, aku ni memang baik hati, bulan puasa la kata kan.. haha. *gurau2 saja* lepas p ambil singa, aku terus lajak ke AJM.. mula-mula tu tak tau la nak buat apa kat kat sana bulan-bulan puasa ni.. fikir balik. hmmm nk pekena coolblog.. sizzling.. yum3.. dugaan betul kalau p AJM bulan puasa. haha..


sesampainya aku dengan singa kat AJM, kami terus jumpa dikmieya & the gang. wah.! angkut bodyguard rupanya dikmieya petang tu.. kiri kanan lagi. haha. gabra jugak masa tu *k tipu.. dia ada dengan dikmeyy & ameck

bertegur sapa masa tu, yang lain semua pakat mengadap phone. sorang wechat, sorang twitter, sorang mesej, sorang facebook.. dikmieya sampai merajuk. haha. *k lawak* haha

memandangkan bulan puasa. puasa ketiga uolls.. tak ada banyak sangat aktiviti yang boleh dibuat. kami ada dua plan masa tu. samada nak karaoke atau boling.. last-last semua pilih boling. maklum la, puasa.. aku pulak tengah demam.. suara sengau pun ada lagi. haha.. masa ni putra dah sampai. dia mai soarng. kesian :3

masa main boling tu, ameck segan apa tak tau, dia tak nak main. asyik mengadap phone sja. haha..  kiranya kami berlima saja yang main.. lepas habis satu turn ambil gambar. pastu main lagi. pastu ambil gambar lagi. haishhh -_-"






k tak nak cerita panjang, masa boling tu aku menang uolls. 145 mata. first time aku menang lawan depa semua *ayat buat teruk :P


habis saja main boling, semua pakat nak balik. maklum la dah pukul 6. tapi sebelum balik tu, diamieya suggest ambil gambar banyak-banyak sikit. ala dia rindu la tu sebab lepas ni jarang nak jumpa lagi.. haha betul tak? betul tak?? 
dalam kata nak balik awal tu, berpuluh keping gambar jugak la yg diambil.. paling best gambar ala-ala ultraman aku dengan ameck. jadi apa tak tau petang tu. semua kepala masuk air agaknya. haha..


ok la.. aku malas nak melalut panjang lebar lagi. la dah pukul 2:51am. aku nak curah idea pun dah tak mampu. haha. nak tidur sat, pastu nak bangun sahur then sambung tidur, petang balik alor setar..


k sampai sini saja nukilan aku pada pagi ni.. apa yang aku tulis aku tak pasti. maklum la.. tengah mengantuk. haha..
apa-apa pun.. petang jumaat tu memang terbaik. pasni kita keluaq lepak lagi naa 6 beradik :) 


                                                           me love you all :)





No comments:

Post a Comment