You know you're in love when you can't fall asleep because reality is finally better than your dreams

Saturday, May 31, 2014

life sepanjang sem 2 di KPTMAS

Assalamualaikum

selamat petang & salam 1 tahun tak updated blog. haha.. sejak kebelakangan ni, niat nak updated blog tu memang dah ada, tapi apakan daya.. masa yang ada tak mengizinkan untuk aku menyentuh lappy. hmm... Sesudah la merapu..

aku cuba merungkaikan sepanjang 1 sem aku di alor setar (AOR) dalam 1 entry ni. aku cuba ok :P

start sem baru, hari yang tak baik semasa pendaftaran. hari first tu dh kena kompoun sebab pakai seluar jeans. but it ok la, just kena rm10 |2 hari makan| haha.. habis daftar tu aku singgah rumah sewa sat. jarak nak ke kolej tu takda la jauh sangat. 3 traffic light juga la yang aku perlu tempuh. sebulan dekat rumah sewa tu, aku pindah pula ke rumah sewa yang baru. sebab-sebab berpindah, rumah mahal, plus rumah kosong, rumah takda parking, rumah kecik. dan yang bagusnya rumah tu, sebelah dengan masjid :)

masuk rumah baru, dekat taman pandan alor setar. harga rumah sama tapi besar, perabot lengkap ada parking berbumbung & ada 4 bilik. kira ok la nk sumbat sampai 8 orang dalam 1 rumah tu. first masuk dulu, memang tak berkenan dengan sorang kawan ni even kenal dari sem lepas lagi. kaki jerit bagai. aku pula jenis relax, nakkan suasana yang aman damai. cewah! tapi lama kelamaan dah makin boleh terima. lagipun tinggal serumah. so berbaik saja la. sepanjang 5 bulan lepak bersama, alhamdulillah tak ada masalah yang timbul.

sepanjang hampir 6 bulan aku dekat alor setar ni, macam-macam yang aku dapat. plus aku dapat kenal lagi ramai orang. classmate baru yang agak gila-gila. sampai la dapat kawan baru yang tak pernah kenal pon sebelum ni sampai la jadi rapat macam adik-beradik. segala masalah kami kongsi bersama. dan semalam dia dah p study dekat KL. sempat juga la aku tolong packing barang-barang yang dia nak bawa p study tu even aku rasa xbanyak pon aku dapat tolong semalam. and im sorry if i do something wrong to you broh! sad jugak la bila lepas ni dah jarang dapat jumpa, lepak shisha sekali, makan ramai-ramai. bahan masing-masing. ahh.. rindu gila. tapi tak apa la, still dapat contact each other lepas ni. raya pon dapat jumpa lagi. cuma masa nak lepak macam selalu tu dah kurang la. yela, masing2 dah busy sekarang ni kan. even sekarang aku tengah menaip entry ni pon still berbalas mesej :)

Ok! bebaru ni aku baru saja habiskan last paper untuk final exam sem 2 |perjalanan masih jauh| iaitu pada 29.5.2014. Even dah habis jawab semua exam, hati ni rasa tak tenang pun sebenarnya, tambah-tambah untuk last paper hr tu, microekonomi.. 3 jam dalam dewan tu aku rasa sat sangat. Tengok pula classmate aku yang duduk depan aku tidur bangun tidur bangun dan aku pon rasa mcm nak buat benda yang sama. Tak sanggup dah rasanya aku nk mengadap paper tu buat kali yg ke-2 lps ni. Kalau cikgu aku time sekolah tengok balik macam mana aku jawab paper microekonomi tu mesti dia menyesal mengajar aku kot? haha.. Lecturer pon tak nak mngajar aku dah lepas ni gamaknya.. haha So kawan-kawan jangan terkejut kalau kita repeat paper microekonomi tu berjemaah :3

Habis saja jawab paper tu, diri ni tak rasa mcm bebas pon dari exam, kenapa ntah la. tapi yang penting exam dah tamat, so start la cuti sem. yay! 

malam habis exam, housemate plan adakan bbq. yang lawaknya, kertas exam microekonomi petang tu yang jadi bahan bakar untuk bbq kami malam tu. penangan sakit hati dengan soalan susah nak mam tu kan, alhamdulillah. malam tu kenyang.. dengan terbakar jari pulak masa bbq tu, tapi tak apa la. demi kawan-kawan apa pun sanggup. kiranya malam tu malam last semua housemate ada. pagi keesokkan ada yang balik, rumah masing-masing. tinggal la aku dengan 2 lagi housemate. saja lepak sana sehari 2 sebelum balik SP. naa.. sebenarnya aku nak tolong adik aku tu packing barang dia sebelum dia sambung study. rindu kot.. haha.. :')

maka bwermulalah cuti sem aku yang tak seberapa lama ni. janji dapat jugak cuti. kita jumpa lagi sem depan kawan-kawan semua..

sekian sahaja nukilan saya yang tak seberapa ni.... xoxo :3 


No comments:

Post a Comment