You know you're in love when you can't fall asleep because reality is finally better than your dreams

Wednesday, January 2, 2013

Tahun Baru Semangat Baru & Mungkin Kekasih Baru?

Assalamualaikum,

Rasanya belum terlambat nk ucapkan selamat tahun baru utk semua kan? okok *check mic 1 2 3* orait, Saya disini ingin mengucapkan selamat tahun baru kpd semua. Moga tahun ini akan membawa 1001 makna & rezeki yg melimpah-ruah. Amin :)

Macam mana sambutan tahun baru hangpa semua? best x? mesti ada yg p sambut ramai-ramai kan. lepak dgn kawan-kawan, dgn family tengok bunga api. Best kan? Aku pulak yg stay kat rumah mengadap lappy 24/7. Rasa malas nk kluar rumah sambut tahun baru. Lately aku memang malas gila nk keluar rumah. Dah macam anak dara asyik duduk rumah. Kalau ada kawan-kawan yg ajak keluar baru la aku rajinkan diri nk keluar. Kalau tak dalam bilik, atas katil la tempat aku lepak. Asalkan dapat on9 kira sgt AWESOME la. haha. Selalunya sambutan tahun baru aku di Pulau Pinang. Disebabkan jauh, plus sesak & road block yg bnyk, aku dh malas nk p. Dalam Sg Petani sja dh berpuluh road block, ni nk ke Pulau Pinang plak. lg bnyk la jwbnya..
Tambahan pula, keadaan bila sambut tahun baru tu yg dipenuhi dgn pelbagai jenis kerenah manusia, panasnya even tengah malam. Bila nak balik dgn mengantuknya. Memang boleh gila dibuatnya xD

Bercakap tentang tahun baru ni, mesti ramai yg dah pasang hajat baru kan? hajat-hajat tahun lepas dh tercapai ke semuanya? Kalau belum tercapai masukkan dalam list hajat tahun 2013 ni. Usaha Tangga Kejayaan :)

Ni antara hajat aku untuk tahun 2013

# semoga keluarga aku sentiasa dirahmati Allah swt
# dimurahkan rezeki
# cuba nak menggembirakan semua org yg rapat dgn aku
# nk delete segala kenangan buruk sepanjang tahun 2012...... dr awal tahun smp habis tahun 2012. Delete.. Delete.. Delete :)
# utamakan diri sendiri (tak bermakna aku penting diri)
# harap akan menerima sesuatu yg sangat bermakna

Bila semuanya dah baru, ada kawan tanya, " Bila agaknya hang nk dapat awek baru? " err no komen (ayat retis) bab awek2 ni biarlah aku letak tepi dulu. Rasanya aku belum cukup bertanggungjawab nk jaga anak dara org ni. Orang kata kalau dah suka kahwin terus (Insyallah bila smp waktunya) :) lg pun aku tengok ramai yg berawek ni punyai masalah. Biasa la asam garam bila bercinta, semua orang laluinya. Tapi aku, aku lebih suka letak pada takdir. Kalau dh takdir tertulis yg aku akan mendapat jodoh awal, Alhamdulillah :) Siapa yg xsuka kan?

Apa-apa pun. Guna tahun 2013 ni dgn sebaiknya. Pandang ke hadapan tanpa perlu menoleh ke belakang. Apa yg dah kita buang jgn di ambil kembali. Sekarang lita lupakan segala yg pahit, kita kutip segala yg manis.

p/s : rindu nk tngok bunga api? jgn risau. sini disertakan sekali dgn bunga api :P 

~Selamat Tahun Baru 2013 Untuk Semua ~


Gambar terakhir snap bg tahun 2012




No comments:

Post a Comment