You know you're in love when you can't fall asleep because reality is finally better than your dreams

Monday, February 18, 2013

Happy Birthday Rayyan Sufie

Assalamualaikum wbt.

Lepas sudah beberapa minggu tak updated blog aku ni, kita aku kembali dengan sebuah cerita baru. Perhatian! Perhatian! Hari ini adalah hari yang sangat istimewa buat anak buah aku yang pertama,. Siapa lagi kalau bukan si Muhammad Rayyan Sufie si budak kecik yang nakal tapi cute tu :P

Rayyan demam *nak tak apa yang tertempek dekat dahi dia tu. itu la cool fever :P

Birthday Rayyan ni sepatutnya pada 19/2 tapi terpaksa di awalkan 2 hari sebab esok abah kepada Rayyan dah nak balik ke Cheras, berbakti kepada negara *Cewah!* sebab kena kerja sebenarnya. So hari ni last day abah Rayyan ada dekat Sg Petani, kami ambil peluang ni nak celebrate birthday Rayyan. Pada masa yang sama, hari ni sambut lagi 1 birthdat. birthday adik aku yg ke 19. Birthday dia pon di awalkan jgak sehari. *semua nak awal depa ni* haha

ni la adik aku yang sambut birthday sama dengan Rayyan. bday dia 18/2
Yang tak bestnya, watak utama untuk hari ni demam la pula. Panas betul badan dia. Siap pakai coolfever lagi seharian. haha. Mungkin sebab deman, birthday boy tak banyak senyum. Diam saja dia *budak baik* 
yang ni Rayyan dengan Ummi dia *sedondon merah :)
 Apa yang specialnya birthday Rayyan yang pertama ni, adalah kek dia. Rayyan dapat 3 biji kek, bermacam bentuk bermacam rasa. Untuk budak kecik ni. haha. Tapi sebab demam ni kan, makan pun tak berapa lalu. 


kek yang cik ngah dia belikan
2 lagi kek untuk Rayyan


atototo. budak demam :)
potong kek. saat yg ditunggu-tunggu :)
haha. budak ni tak tahu nak duduk diam masa bergambar -_-"
Ni la keluarga Rayyan
Happy Birthday Muhammad Rayyan Sufie. We Love You :)


Thursday, January 24, 2013

Tips Berpakaian Untuk Lelaki Kelihatan Kurus

Hari ni, Erul nak share sikit tips untuk lelaki kelihatan kurus dengan cara berpakaian yang betul. Mungkin ada di luar sana yang berbadan agak berisi yang runsing dengan penampilan sedia ada. Jangan risau. Dengan adanya tips ini, mungkin akan menolong anda serba sedikit untuk mengembalikan semangat anda untuk kembali yakin.

Baju Dan Sweater

Pastikan anda membeli baju yang mengikut saiz badan anda. tidak terlalu besar atau terlalu kecil. Dengan ini, secara automatik anda akan kelihatan kurus. Cari baju in slim, extra slim, modern, or athletic fits. Tetapi tidak terlalu ketat atau over slim. Pakaian yang dipakai hendaklah selesa dan tidak menarik mana-mana bahagia yang terlalu menonjol.


Penggunaan baju leher V juga dapat membantu anda kelihatan kurus. Pemakaian baju leher V memcipta satu ilusi ketinggian dan kurus di bahagian bawah badan. Pakai pakaian yang berunsurkan kapas, dan elakkan pakaian dari unsur bulu. Elakkan memakai baju bulu yang berat dan besar kerana ia hanya akan menambah berat kepada susuk tubuh.


Pants, Trousers, Slacks dan Jeans

Beli slim, flat atau kosong di bahagian depan seluar. Pilih warna yang gelap seperti hitam dan navy. Sebolehnya elakkan lipatan di bahagian hujung kaki kerana ia akan membuatkan anda kelihatan lebih rendah . Seluar yang flat dan kosong memberikan pinggang si pemakai kelihatan lebih ramping. Cara pemakaian seluar hendaklah betul, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu renah (londeh). Pastikan seluar berada betul-betul di bahagian pinggang. Kaki seluar hendaklah sampai ke kasut. Sebolehnya elakkan memakai seluar pendek paras lutut yg menampakkan anda lebig gempal. Penggunaan warna gelap dalam memilih seluar akan menyembunyikan saiz badan yang sebenar. Pastikan kaki seluar adalah lurus (straight cut) jika anda mahu kelihatan lebih ramping di bahagian bawah badan.


Kasut dan Boots

Pemilihan kasut juga adalah penting. Oleh itu, anda hendaklah memilih kasut yang bulat di bahagian tumit.  Kasut tumit bulat boleh memanjangkan kaki yang membuat lelaki itu kelihatan tinggi dan kurus. Elakkan memakai tapak kaki tebal kerana ia akan menambah berat badan si pemakainya. Walau bagaimanapun, boots ketinggian buku lali dengan hiasan minimum dalam kaki bulat dan nipis tunggal boleh membantu mengurangkan saiz susuk tubuh pemakai.

Outerwear

Pilih topcoats, overcoats, jaket, parkas, dan pakaian luar lain dalam saiz yang sama sebagai suit jacket anda.  Ramai lelaki membuat kesilapan dengan membeli outwear terlalu besar dan berlebihan yang membuat lelaki itu kelihatan lebih besar dari asal. Panjang jaket hendaklah di paras pinggang manakala lengan tidak terlalu panjang. Seeloknya berada di bahagian pergelagangan tangan. Elakkan membeli jaket dengan jalur pinggang elastik kerana ia akan menambahkan berat di bahagian tengah badan.


Aksesori

Pilih topi, cermin mata, sarung tangan, pin tali leher dan aksesori lain dengan bahan yang minimum, garisan menegak, warna dikurangkan, dan dengan bentuk hiasan dan minimum. "less is more" bak kata pepatah. 

Harap tip ini sedikit sebanyak membantu anda mengembalikan keyakinan anda.

Thursday, January 17, 2013

Bezanya Lelaki Dan Perempuan

Assalamualaikum :)

Beza lelaki & perempuan dalam persahabatan. Sejak lahir, lelaki & perempuan adalah berbeza. Even dalam persahabatan pun bnyk yg berbeza. Sejak dilahirkan sememangnya berbeza, so kena dengan tajuk ni, perkataan berbeza memang akan banyak kelihatan :)



 no 1 " Oh! dia tu kawan aku "
 *Lelaki*
Llaki, kalau mereka dah tahu nama dan pernah terserempak beberapa kali dan pernah angkat tangan pada seseorang say "HAI" tu dah dikira sebagai kawan. Kalau mereka keluar bersama keluarga dan pada masa yg sama ada seseorang yang say HAI dan keluarga bertanya " Siapa tu? " automatically dia akan jawab "Oh! kawan sekolah/kolej tu " bagi aku, lelaki lebih senang buat kawan.

*Perempuan*
Perempuan, lagi tak berborak 1 2 ayat, perkataan kawan tu masih lg belum wujud. Selagi tak berborak bagai nak rak, memang bukan dipanggil kawan. Ada juga yang pernah senyum to each other bila ditanya, " Siapa Tu? " jawapan dia mesti macam ni " kawan sekolah/kolej. tapi tak pernah berborak pun. Sometimes perempuan agak memilih kawan 

no 2 " Sweet & sentimental value "
*Lelaki*
Lelaki, kalau kawan tu rapat macam mana sekalipun, tak ada la nak sweet sweet kan. Tak ada nak beli baju yang sama atau pakai baju yang sama bila keluar. Kalau ada mesti ada sometihings yg tersirat ni. Sweet dan sayang macam mana pun, ke-macho-an tetap kena jaga. Kena keep maintain. Dalam berkawan, mereka datang dan pergi dengan senang. Make friends dengan sesiapa sja.

*Perempuan*
Perempuan, bila berkawan, mereka akan lebih setia dan akan contact bila-bila saja, even dah beranak pinak sekalipun. Biasanya kalau jumpa setelah sekian lama tak jumpa " weiii, lama tak jumpa. Kau sihat? " (sambil lompat2 sikit) Dah tu mesti nak tangkap gambar, pakai baju yang sama tanda persahabatan. So dalam kes ni, perempuan lebih sentimental, bukan sakit mental :P

no 3 " Pinjamkan barang "
*Lelaki*
Lelaki, kalau bab pinjam barang ni memang senang. Bak kata orang sekarang memang sempoi. Kebanyakan main ambil saja tanpa minta kebenaran terlebih dahulu. Tapi tak semua lelaki macam ni. Kadang-kadang ada yang terlalu sayangkan barang masing-masing smp tak bagi langsung. " Barang aku barang aku. Barang kau barang kau " Tapi kalau yang baik tu baik sungguh. " Kau nak pinjam apa? amek la. Yang penting jaga baik-baik " Lepas guna bagi balik

*Perempuan*
Perempuan, lagi straight. Lagi proper dalam bab ni. Kalau nak pinjam, kena minta baik-baik dan mengharapkan barang tu akan dikembalikan dalam keadaan baik. Sometimes kalau main ambil yanpa minta kebenaran, mesti akan timbul satu issue kecil hati dan tak selesa. Perempuan ni lebih detail dalam bab-bab barang ni. Kalau dah ambil, letak semula di tempat tempat asal.

no 4 " Message, ianya privacy "
*Lelaki*
Lelaki, kalau dapat handphone kawan tu, alasan nak main games dan sebagainya. Tapi awas, mesej-mesej anda mungkin sedang dibaca oleh rakan-rakan anda. Nak pula yang jenis suka letak handphone merata-rata.  So jaga-jaga handphone anda. Lebih selamat kalau anda letakkan password pada handphone anda. Tapi lain bagi lelaki yang single. Kalau kawan minta phone, no hal la. Bagi dgn senang hati. Kalau ada mesej pon, mungkin dr keluarga, ataupon mana-mana rangkaian telekomunikasi.

*Perempuan*
Perempuan, bab handphone memang dia jaga sungguh. Tak ada nak campak-campak merata. Kalau boleh nak letak atas meja tu, sangat berhati-hati. Kalau ada kawan yang suka selongkar handphone dikira sebagai tak senonoh. Walaupon ada segelintir oarnag yang macam tu, perempuan ni lebih rapi. Bab privacy ni memang menang kat prempuan.

no 5 " Pinjam duit "
*Lelaki*
Lelaki, kalau bab bagi pinjam duit ni agak kurang sikit. Maklum la, bila bagi pinjam ada saja yang liat nak bayar balik. Sometimes tu ada yang sampai bertahun-tahun tak bayar lagi. Last-last bila darah naik kepala, jalan penyelesaian bertumbuk. 

*Perempuan*
Perempuan, bab pinjam duit sangat senang. Kalau bagi pinjam, dengan yakinya akan dapat semula duit yang dipinjamkan tu. Even tak ada duit, mereka lebih senang tolong rakan-rakan yang memerlukan. Tapi sangat sakit hati bila dapat tau kawan yang beriya-iya pinjam duit tu, guna duit yang dipinjamkan untuk beli majalah.

p/s : mungkin ada banyak lagi perbezaan antara lelaki dan perempuan ni yang aku tak tulis. Kalau tulis juga mau 5 6 7 atau 8 page. Terlalu banyak sangat. Dekat sini aku just bagi 5 perbezaan antara lelaki dan perempuan. Bukan golongan pondan. haha

Selamat membaca :)



Wednesday, January 2, 2013

Tahun Baru Semangat Baru & Mungkin Kekasih Baru?

Assalamualaikum,

Rasanya belum terlambat nk ucapkan selamat tahun baru utk semua kan? okok *check mic 1 2 3* orait, Saya disini ingin mengucapkan selamat tahun baru kpd semua. Moga tahun ini akan membawa 1001 makna & rezeki yg melimpah-ruah. Amin :)

Macam mana sambutan tahun baru hangpa semua? best x? mesti ada yg p sambut ramai-ramai kan. lepak dgn kawan-kawan, dgn family tengok bunga api. Best kan? Aku pulak yg stay kat rumah mengadap lappy 24/7. Rasa malas nk kluar rumah sambut tahun baru. Lately aku memang malas gila nk keluar rumah. Dah macam anak dara asyik duduk rumah. Kalau ada kawan-kawan yg ajak keluar baru la aku rajinkan diri nk keluar. Kalau tak dalam bilik, atas katil la tempat aku lepak. Asalkan dapat on9 kira sgt AWESOME la. haha. Selalunya sambutan tahun baru aku di Pulau Pinang. Disebabkan jauh, plus sesak & road block yg bnyk, aku dh malas nk p. Dalam Sg Petani sja dh berpuluh road block, ni nk ke Pulau Pinang plak. lg bnyk la jwbnya..
Tambahan pula, keadaan bila sambut tahun baru tu yg dipenuhi dgn pelbagai jenis kerenah manusia, panasnya even tengah malam. Bila nak balik dgn mengantuknya. Memang boleh gila dibuatnya xD

Bercakap tentang tahun baru ni, mesti ramai yg dah pasang hajat baru kan? hajat-hajat tahun lepas dh tercapai ke semuanya? Kalau belum tercapai masukkan dalam list hajat tahun 2013 ni. Usaha Tangga Kejayaan :)

Ni antara hajat aku untuk tahun 2013

# semoga keluarga aku sentiasa dirahmati Allah swt
# dimurahkan rezeki
# cuba nak menggembirakan semua org yg rapat dgn aku
# nk delete segala kenangan buruk sepanjang tahun 2012...... dr awal tahun smp habis tahun 2012. Delete.. Delete.. Delete :)
# utamakan diri sendiri (tak bermakna aku penting diri)
# harap akan menerima sesuatu yg sangat bermakna

Bila semuanya dah baru, ada kawan tanya, " Bila agaknya hang nk dapat awek baru? " err no komen (ayat retis) bab awek2 ni biarlah aku letak tepi dulu. Rasanya aku belum cukup bertanggungjawab nk jaga anak dara org ni. Orang kata kalau dah suka kahwin terus (Insyallah bila smp waktunya) :) lg pun aku tengok ramai yg berawek ni punyai masalah. Biasa la asam garam bila bercinta, semua orang laluinya. Tapi aku, aku lebih suka letak pada takdir. Kalau dh takdir tertulis yg aku akan mendapat jodoh awal, Alhamdulillah :) Siapa yg xsuka kan?

Apa-apa pun. Guna tahun 2013 ni dgn sebaiknya. Pandang ke hadapan tanpa perlu menoleh ke belakang. Apa yg dah kita buang jgn di ambil kembali. Sekarang lita lupakan segala yg pahit, kita kutip segala yg manis.

p/s : rindu nk tngok bunga api? jgn risau. sini disertakan sekali dgn bunga api :P 

~Selamat Tahun Baru 2013 Untuk Semua ~


Gambar terakhir snap bg tahun 2012




Friday, December 21, 2012

Semuanya Sebab Awak


Awak kata awak sukakan hujan. Tapi bila hujan, awak keluarkan payung.
Awak kata awak sukakan mentari. Tapi bila panas awak cari tempat yang redup.
Awak kata awak sukakan angin. Tapi bila angin bertiup, awak pejamkan mata.

Sebab tu saya takut bila awak kata awak sukakan saya...



Saya memang suka hujan. Tapi jika saya demam bila kena hujan, siapa nak jaga awak?
Saya memang sukakan mentari. Tapi bila terlalu panas, saya perlu tempat yg berteduh.
Saya memang sukakan angin. Tiap kali angin bertiup, saya pejamkan mata sebab saya selalu bayangkan awak sentiasa bersama saya.

Sebab tu saya lakukan semua itu. Semuanya sebab awak :) 




Thursday, November 8, 2012

My Immortal

Saya begitu letih berada di sini
Dibelenggu oleh ketakutan semasa kanak-kanak
Jika awak perlu pergi
Saya berharap awak akan terus pergi
Kerana kehadiaran awak masih dirasai
Dan ia seperti tidak akn meninggalkan saya sendirian.

Luka ini seperti tidak akan sembuh
Kesakitan yang dirasai terlalu benar
Segalanya terlalu banyak hingga masa tidak mampu memadamnya

Apabila awak menangis saya akan memadam semua air mata awak
Apabila awak hendak menjerit saya akan melawan semua kebimbangan awak

Dan saya telah memegang tangan awak melalui semua tahun-tahun ini
Tetapi awak masih memerlukan saya

Dengan cahaya yang bergema
Awak gunakan ia untuk mendekati saya
Tetapi sekarang seperti saya telah terikat dengan kehidupan yang telah awak tinggalkan
Wajah awak sesekali menghantui mimpi indah saya
Suara awak, ia dihalau keluar semua kewarasan dalam saya


Saya telah cuba bersungguh-sungguh untuk memberitahu diri sendiri bahawa awak telah pergi
Dan walaupun awak masih dengan saya
Saya telah bersendirian selamanya



Tuesday, November 6, 2012

Kenangan

                                                                 Assalamualaikum wbt


Mcm mlm2 sebelum ni, sambil main facebook & twitter, chat, tweeting komen dgn kawan-2 lama, entah mcm mna salah seorg kwn aku post 1 gambar masa PLKN dulu. Mula-2 tu aku tak perasan sgt. bila aku stop kat gambar tu, aku perbesarkan, aku nmpk wajah sorg yg pernah aku sayang dulu. Entah knp hati aku rasa sedih & mata berair bila ingat masa-2 dgn dia dulu. Aku bukannya nk mengungkit kisah lama. Tapi tiap kali aku tngok wajah dia, aku rasa sgt bersalah. Apa aku dah buat ni. 


Walaupun bnd ni dh lps hampir 1 tahun lps, aku masih tak mampu nk padam semua kenangan aku dgn dia. Aku dgn Capital C ni dulu sgt rapat even kami berjauhan. Aku sanggup buat apa sja utk dia, asalkan dia dpt senyum. Itu dah memadai bg aku. Masa komen gambar tu, aku xnk tumpu utk seorg,. Jadi aku bergurau puji semua org yg ada dlm gambar tu. Tiba-2 seorang kawan aku ni kata  haii Erul, kata kat kami ka kata kat org belakang tu comel?" Sbb tak nak org lain fikirkan yg bukan-2, aku kata yg aku kata mereka yg berada di baris hadapan gambar tu yg comel-2. Tapi masa tu, dalam hati, aku hanya fikirkan dia. Ya Allah. Sedihnya aku rasa. Aku still lg ingat masa-2 mula kenal, smp la kami putuskan hubungan. Kalaulah aku tak ego dulu, bnda mcm ni takkan terjadi. Aku pernah minta pendapat dr kawan-2 baik aku pasal bnd ni, bnyk jwpan yg aku terima. Tapi satu pun aku tak pernah nk guna.

Aku pernah ingat lg dia dtg rumah, buat kejutan utk aku. Masa tu aku agak blur + marah sbb dia dtg xbg tahu. Mlm tu pula aku bawa dia jmp dgn mak, along, angah, mie & iman. malam tu kami semua borak-2. Mak pun pernah kata sukka kat dia. Dia baik sgt. Cara dia cakap lembut. Agak susah aku nk cari org lain yg ada bnd sama mcm dia ada. Skrg hampir stahun, walaupun dia dh kawen dgn org lain, aku harap yg dia xkan lupakan kenangan aku dgn dia dulu. Capital C, even apa yg jd, Erul still berharap kita akan still berkawan. Itu sudah mencukupi :') 


Selamat Tinggal ~~~~~~~